Peringatan Mesra Baby Bump dan Teka Gender

Salam sejahtera semua, saya post ni bukan nak cakap apa sangat cuma nak menegur kebanyakkan ibu2 mengandung suka tayang baby bump. Sy faham semua ibu2 excited ada baby bump dalam perut tu..sy yang mengandung pun excited dan tahniah saya ucapkan. Tapi dinasihatkan untuk tidak post gambar baby bump publicly atas faktor keselamatan. Maksudnya disini faktor keselamatan ialah mungkin ada dikalangan pengguna apps ni bukan dikalangan ibu mengandung pun.. mungkin ada dikalangan manusia yang tak bertamadun gunakan gambar sis yang berbaby bump tu utk melempiaskan nafsu. Ada kes yg terjadi ya. Kita mmg cuba elak dari nampak baby bump tu sebaik mungkin. Yg sudah cuba elak, syabas sy ucapkan ?? Untuk ibu muslim, baby bump itu aurat ya sis. Sy ni tidaklah sepandai mana tapi ini hanyalah sekadar teguran untuk kebaikan. Kalau seorang dah upload, ramai yang akan mengikut trend. Kesudahannya apps ni bukan lagi digunakan utk tujuan ilmiah tetapi nak tunjuk baby bump saja, lantas menjadikan platform ini lebih terbuka pada bahaya. Sy mmg nk fikir positive je, biasalah excited kan mummies semua.. tp kadang tu rasa bosan juga scroll2 asyik benda sama je gambar baby bump dan minta teka gender ? tak memberi manfaat pada orang lain sebenarnya. Nak main teka2 boleh teka2 dengan suami je, ha kan sweet gitu. Kalau sis post pun akan ada kecaman pula, sis yg terasa kemudian mula la jadi topik ibu2 lain yg komen bertekak pula. Dah tak positive jadinya. Sekadar peringatan bersama. Terpulang nak dengar ke tak. Sekian pesanan ikhlas dari sy yang juga nak elakkan dosa membawang kat sini. Thanks

29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Indeed 👍baru je semalam terbaca post suruh teka gender gambar baby bump then ada orang tegur , datang lahh si tanpa nama cakap si penegur ni jealous dengan kaum hawa sendiri 😂 berhati busuk bla bla bla . Nampak kurang cerdik disitu . Dah ditegur cara baik tapi ditempelak pulak hmm . Mungkin si tanpa nama ni tak pernah jumpa atau terbaca pasal golongan yang bernafsu pada ibu mengandung . Even dengan tengok gambar perut je golongan sejenis ni boleh imagine u without any clothes posing with your baby bump yang sibuk duk tayang tu 🙄 be alert ye ibu ibu sekalian . Haritu ada satu akaun yang post pasal pertanyaan macam mana nak buat anak then bukan main kaum ibu kecam kawan tu sebab obviously tu fake akaun yang cuba mengundang kaum ibu komen . Rasanya lelaki ke perempuan yang kemukakan soalan tu ? Obviously tu pervert yang horny dengan preggy mom . Orang tegur bersebab . Bukan sebab jealous ke busuk hati ke apa 😒

Baca lagi
4y ago

Sokong.. 300% 😌

Pernahkah anda mendengar perkataan 'maiesiofilia'? Golongan ini mempunyai keinginan seksual yang pelik iaitu berasa ghairah apabila melihat wanita mengandung. Gejala seksual golongan maiesiophilia semakin meluas dengan wujudnya media sosial. Hal ini kerana dengan hanya gambar, ia boleh merangsang nafsu seks golongan maiesiophilia ini, lagi-lagi gambar mereka yang sedang sarat mengandung. Copy&paste. Utk golongan ibu² yang sentap/mungkin juga tidak pernah tahu mengenai perkara ini.

Baca lagi

Haah lah betul tu, sejak ni ramai Giler yg up gambo perut Untuk teka gender baby dia. Bila ditegur, ramai pula yg back up soalan yg tak berape cerdik tu. Pastu tunjuk gambo darah yg ade kat pad , ye memang org tak tahu sape yg post, tapi jaga lah sikit maruah. Kalau anda bercerita tampe tunjuk gambo pun org dah faham. Nak lagi detail jawapan, g jumpe doktor bawa pad tu. Nurse pun dah cakap , kalau ade kluar darah segera g jumpa doktor. Harap takde lagi buat post camni

Baca lagi
VIP Member

Setuju. Kita tahu ibu² yang tengah mengandung ni teruja utk show off perut tp bagi yang islam, ada batasnya. Saya sendiri tak selesa untuk tunjuk perut yang semakin membesar ni. Orang akan tahu jugak yang kita ni tgh hamil. Nak pakai pakaian gitu lebih baik waktu di rumah saja, utk suami.

ha ah. sama juga result upt. sy pon terlalu gembira jga. terasa mau announce satu dunia, tp bile sharing dgn husband shj, kemanisannya lain. sbb tu rahsia kami berdua, rase cinta pon kami berdua... ade bnde yg kite perlu private kan utk rase lebih brmakna...

Same, dsbbkn rmai org duk post gitu, nk buka apps pn mls, kita buka nk tgok info2 sal preg bkn tgok gmbr perut or darah, bkn jeles or ape, cuma xelok post bnda gitu tmpt awam mcm ni, bhaye

VIP Member

ad sorg y up pic bby bump..ngn pkai bju ketatnya..nmpk dadanya..bila bca komen..rasa geli pon ad..ad y komen,siap nk picit dada lg..cmna la prasaan tt..hahaha...xde prasaan kot

Betul 👍..Sy pagi tdi buka apps,bderet gmbr bby bump,scroll2 nak 10 org yg post bby bump lepas tu sruh teka..Alahaiii...Tapi kurg sikit psal upt 🤣🤣

Ya saya setuju..dibukanya baju tunjuk perut je..ayo..aurat gitue..faham awak excited..tak yah nak bangga dengan baby bump.pikir perasaan orang sekeliling..

Setuju...kita ni bukan nya mesin scan nk teka n tau jantina bby..dlm ni bukan semuanya perempuan..lg2 yg guna nama anonymous tu ntah sape2 la