Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bermula dengan penyusuan, kini si manja anda sudah bersedia untuk menikmati makanan pejal bayi yang pertama sebaik sahaja melangkah usia 6 bulan. Tak perlu runsing, penyediaan makanan bayi ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Hanya memerlukan sedikit kesabaran saja, kerana prosesnya walaupun mudah tapi memakan masa sedikit. Bagi ibu pertama kali, anda mungkin keliru dan ragu-ragu untuk menyediakan menu yang sesuai untuk bayi. Justeru kami kongsikan beberapa panduan serta resepi bagi memudahkan kerja anda di dapur. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang panduan pemakanan solid food untuk bayi bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, MBBS (IMU), MRCPCH (UK), Fellowship in Neonatology (Mal) pada 30 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr, Apakah makanan yang disarankan untuk mengelakkan bayi jadi picky eater? Terima kasih

Baca lagi
3y ago

Mula dengaan memberi makanan atar savuran yang tidak begitu manis contohnya brocolli, cauliflower, spinach supaya bayi akan yapay menyesuaikan diri dengan pelbagai rasa selain daripada manis. Sayuran yang manis termasuk carrot atau sweet potato. Penting untuk memastikan bahawa semasa çemberi makanan kupada bayi, tiada TV atar handphone yang boleh distract bayi dari makan. Ini boleh menyebabkan bayi menjadi fussy eater.