Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bermula dengan penyusuan, kini si manja anda sudah bersedia untuk menikmati makanan pejal bayi yang pertama sebaik sahaja melangkah usia 6 bulan. Tak perlu runsing, penyediaan makanan bayi ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Hanya memerlukan sedikit kesabaran saja, kerana prosesnya walaupun mudah tapi memakan masa sedikit. Bagi ibu pertama kali, anda mungkin keliru dan ragu-ragu untuk menyediakan menu yang sesuai untuk bayi. Justeru kami kongsikan beberapa panduan serta resepi bagi memudahkan kerja anda di dapur. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang panduan pemakanan solid food untuk bayi bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, MBBS (IMU), MRCPCH (UK), Fellowship in Neonatology (Mal) pada 30 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.
Queen of 1 energetic superhero