Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung mendapat cyst atau fibroid namun ia jarang bagi bakal ibu mengetahuinya mereka mempunyainya ketika hamil. Tidak mustahil untuk mereka mendapat penyakit ini kerana ia bukan perkara luar biasa. Persoalannya, sejauh mana keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan jika adanya 2 penyakit ini? Tanya soalan anda tentang gejala cyst dan fibroid ketika hamil dan bagaimana untuk merawatnya bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang, pada 2 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1. Sepanjang pembacaan saya, sekiranga fibroid terlalu besar, kandungan ibu terpaksa dioperate. Brp cm kah saiz fibroid yg dikatakan besar dan mengganggu untuk bersalin normal? 2. Adakah sangat berisiko untuk ibu/bayi di dalam kandungan sekirang fibroid itu berada berhampiran dengan plasenta? 3. Untuk mengelakkan fibroid membesar, kita mestilah makan makanan yg seimbang dan sihat. Boleh doktor explain detail makanan apa yg dimaksudkan? Apa jenis makanan yg kena makan banyak dan jenis makanan yg kena kurangkan atau tak boleh ambil langsung? 4. Fibroid ketika hamil dikatakan kerana si ibu punyai hormon estrogen yg banyak. Adakah setelah ibu bersalin, fibroid si ibu akan semakin bertambah banyak atau makin membesar? 5. Apakah rawatan susulan kepada ibu setelah selamat melahirkan tentang fibroid masih berada pada ibu? Sekiranya kena operate fibroid tu, berapa lamakah tempoh untuk dioperate setelah melahirkan samada czer atau normal? 6. Fibroid juga dikatakan memberikan masalah sembelit. Bagaimanakah cara pesakit fibroid untuk elakkan sembelit, terutama ketika mengandung? Tq doktor. Semoga doktor dapat menyelesaikan soalan2 saya ini.

Baca lagi
3y ago

Kita tidak akan operate ketika mengandung- hanya selepas mengandung. sewaktu operaton caesarean juga kami tidak akan buang fibroid kerana risiko tinggi pendarahan- kecuali amat perlu ie bukaan yang dibuat di rahim tidak dapat ditutup sebab dihalang oleh fibroid- maka ia akan dibuang. Tidak akan dibuang dalam situasi lain. bukan semua fibroid mengakibatkan sembelit- hanya yang besar dibelakang rahim yang menekan keatas usus besar akan akibatkan sembelit. Ibu hamil yang mengambil supplement boleh mengalami sembelit. Increase makanan serat tinggi dan air untuk kurangkan sembelit sewaktu mengandung.