Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung mendapat cyst atau fibroid namun ia jarang bagi bakal ibu mengetahuinya mereka mempunyainya ketika hamil. Tidak mustahil untuk mereka mendapat penyakit ini kerana ia bukan perkara luar biasa. Persoalannya, sejauh mana keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan jika adanya 2 penyakit ini? Tanya soalan anda tentang gejala cyst dan fibroid ketika hamil dan bagaimana untuk merawatnya bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang, pada 2 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Pantai Hospital Ampang
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam Sejahtera Dr Sudha, 1. Apakah kesan fibroid terhadap kandungan? 2. Apa beza fibroid dan cyst secara mendalam? Terima kasih ✌🏻

Baca lagi
3y ago

Hii Pn. ia amat bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid tersebut- ia boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang, sakit yang kuat, kedudukan bayi tidak stabil atau songsang. 2. Fibroid berlaku pada lapisan rahim ( ada 3 lapisan ) dan kandungannya adalah fiber otot ( smooth muscle). Cyst pula biasanya berlaku dibahagian ovary/ kilang telur dan kandungannya berbeza - air, darah, lemak/sebum/ rambut ( dermoid cyst), kandungan padu yang mungkin kanser. Saya ada buat video di IG untuk rujukan, jika Pn sudi.