air ketuban banyak + baby breech .

salam .nak tanye laa .ape kesan kalau air ketuban banyakk ??effect pd baby ke ?n baby sy breech pulakk .sy da nk masok 30weeks .risauu .

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

air ketuban banyak (AFI >20) boleh memberi kesan kepada bayi antaranya bayi songsang atau nama lain nya breech presentation, kelahiran awal atau preterm labor dan tali pusat bayi berada di jalan keluar bersalin atau nama lain umbilical cord prolapse. kebiasannya, ECV doktor akan cuba lakukan masa antenatal checkup dengan scan. ECV biasanya kita buat dalam 37 minggu ke atas sebab kita nak bagi mak bersalin secara normal. kata kan kalau gagal juga selepas ECV, doktor akan sarankan bersalin secara c-section. buat masa sekarang jangan risau awak masih 30 minggu. memang bayi akan songsang lagi. dalam 32 minggu macam tu bayi akan mula pusing kepala ke bawah atau kita panggil sebagai cephalic presentation. jadi ada masa lagi untuk bayi awak pusing. nanti masa scan dr biasanya akan check kepala bayi awak berada di bawah ke atau masih di atas. kalau di atas seperti saya kata perlu ECV ☺️

Baca lagi