Sedih dan serabut

Salam mommy2. Maaf saya nak meluah dekat sini sebab takda tempat nak bercerita. Makin pendam makin serabut. Ada ke mommies dekat sini yang rasa macam menyusahkan suami? Saya pregnant 10 weeks lembik tak larat nak masak. Dan doctor memang suruh banyakkan bedrest sebab pernah gugur sebelum ni. Jadi husband kena beli hari hari. Tiap kali dia beli tu mesti ada rungutan "mahal betul makanan sekarang" "memang harga mahal camni ke?" Kadang dia tanya "harini larat tak nak masak?" Saya jadi serba salah. Bila fikir balik itu la tanggungjawab dia. Cuma nak minta beli tu jadi takut takut. Kadang saya order dekat foodpanda je senang. Tapi setengah makanan yang saya teringin tu takda, risau nak cakap dengan dia sebab mesti la dia kena beli. Saya belum bekerja sbb baru kahwin ikut dia pindah rumah dia. Terpaksa berhenti kerja. Kadang dia puji isteri kawan dia sebab kerja gaji besar. Asyik memuji je sesiapa yang isteri bekerja. Lagi la saya rasa saya ni menyusahkan, sedangkan dia tahu saya belum kerja. Sampai sekarang saya terasa macam saya ni beban untuk dia. Fikir pasal ni sampai stress pening kepala. Nak bincang dengan dia tapi entah la

32 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ibu mengandung senang untuk kecil hati, tapi suami ni kadang xboleh nak digest 😑 Dah tahu mahal, pergi la cari dan survey kedai makan yg murah. pebenda la.. laki saya dulu mcm ni. biasa la, masa tu baru2 kawen lagi. banyak benda nak kena tolak ansur, bergaduh bertumbuk, masam muka sana sini 😂 kami pindah sejak saya pregnant kali ke dua. baru merasa susah senang bersama sebab sebelum ni stay dgn mil. ada jugak merungut dia bagai 🤪tapi saya jenis muka tebal, pendam dan kena sabar 😂 so lepas, dah pindah..mmang fully lah dia kena all out kerja. sebab dia bread winner dlm family kami. sayaa ada je buat bisnes kecil2. tapi duit tu idok ler nak sumbang dekat komitmen fam sebab, duit tu saya buat sebagai emergency money. ni pon dia dah pinjam berapa dah 🤑🤑🤑🤑 wajib bayar 🤣 bab beli makan, bukan setakat sebab mengandung je xlarat masak..suri rumah ada hari dia malas masak ye. suami, tolong la beli makanan 😂 kami mmang ada hari malas nak memasak dan xboleh masak sebab xlarat ke, xleh nak bau masakan ke.. cuma tulah, saya selalu tekan dekat suami..nak beli makanan, beli dekat kedai murah tapi kuantiti banyak 😂😂 laki saya keja rider. kadang2 je order sebab foodpanda ke grab kena bijak membeli jugak, sebab kena la guna yg valid ada voucher 🤣 nak tapau luar tu, beli la kedai yg murah makanannya. dan! amboiiii..laki awak ni xtahu ke skarang barang semua harga naik. eh, barang basah yg nak kena beli pon mahal ok. bawang pon nek harga. campak kuali suruh masak kng baru thu

Baca lagi

Semoga sis terus sabar. Sis boleh je berbincang pasal ni, kalau saya awal kahwin dulu lebih kurang mcm tu,husband saya jenis mmg jenis tak kisah, tapi kadang saya suruh beli barang basah, dia selalu sebut, baru je beli hari tu, kdg mcm dengar merungut,masalah nya saya tiap2 hari masak kat dia. Kadang rasa masa tu hidup sempit, tngk kdg dia tak cukup duit la, Lepas tu saya tegur and bawak bincang benda ni. Saya kata jgn merungut, kena redha, lagi satu, jgn merungut kalau bab makan apa semua.Alhamdullilah lepas tu banyak dia berubah lepas kami berbincang, Alhamdullilah. Kalau pasal bekerja tu, saya pun lepas kahwin berhenti ikut suami, tapi suami bnyak bagi sokongan pulak, lepas kahwin saya bisnes sendiri, saya mula dengan dropship je, jual baju, untung sikit2 , kalau saya suka bakery, so mmg jual roti, mcm2 jenis saya jual, la apa laa. Alhamdullilah mmg jadi pendapatan saya la walau duk dirumah sekarang ni.

Baca lagi

ikutkan seorg suami x boleh memuji ,,org lain mguris hati isteri kenapa ade rasa myesal ke dgn awak...patut dia faham awak pregnant dia sdiri boleh belajar masak .... supaya lepas bersalin dia boleh tolong awak ...sikit2 kerja rumah ,,sbb tu tugas dia..kalau nk diikutkan...kita jgn bagi sgt selesa pada lelaki ni kalau semuanya kita buat dia lansung x berlajar susah lah gitu ..rumah tgga sama2 bukan hanya isteri saja semata2 buat semua benda..suamilah patut byk main peranan ..sbb dia ketua keluarga kn semua sis boleh berbincang elok2 bagi dia tahu ape itu tugasan suami saat isteri pregnant..ni,sy selalu nasihat suami awak kena belajar uruskan rumah jugak ini time sy ada ..kalau sy dh xde xkn anak2 terbiar😂 tugasan isteri tu melahirkan dan melayan suami . selebihnya itu isteri sedang berkorban untuk suami dgn ikhlas pun satu pahala 🥰

Baca lagi

Suami sy dulu mcmni .. sy pun mcm sis kena pindah duduk dgn dia dkt tempat yg kita takda sapa2.. mmg tak bekerja duduk rumah je.. tp dia usaha kan utk sy at least buat kerja jgk even from home.. dia beri modal dia sikit dia teman sy cari barang sy jual alhamdulillah sampai skrg. Kerja duduk rumah je. So dkt sini nk beritahu, komunikasi apa yg awk rasa dan awk blh tanya dia apa yg dia rasa yg blh awk buat lg2 dh pregnant skrg. Selagi tak komunikasi masing2 dgn expectation masing2.. so jd lah kecewa sbb expectation tu ada. Harap urusan sis dimudahkan ya. In shaa Allah ada jalan keluar. Sy lepas kawin setahun jgk tak buat apa2 duk fikir nk buat apa. Last sekali komunikasi dgn suami , byk idea dpt. Terus usaha buat. In shaa Allah sis, its all about time ya🤍

Baca lagi
2y ago

Satu yg sy blh suggest sis mungkin blh jual produk org. Itu je yg paling fleksible, tak perlu kemana2. Tak perlu kerja office hour. Mcm2 produk ada skrg. In shaa Allah sis boleh ya 🤍

cakap kat dia sabarlah, saya ni kan tengah pregnant , anak awak juga. nanti kalau sy dah larat saya kerje la ,.. adoi la suami tu pon , memang jenis tak nak 100% tanggung isteri sendiri. sy mase mula2 khwin dgn suami basic 1000 tak pernah pula die bunyi2 puji isteri org lain bkerja.. banyakkan bersabar sis, mintaklah die masakkan , takkan goreng2 pon xreti.. mmg jenis malas betul tu hrpkan isteri je masak.. kite tak perlu rase kite ni menyusahkan die , sebab yang kite kandungkan tu anak die , die yang buat. takkan lah nk merungut. nanti tanye die nak ke tak anak ni? nanti dh beranak nak tolong tak basuh berak mandi die semua? ,hihi maaf sis ,ter emo pulak dgn prngai suami mcm ni 😅

Baca lagi
2y ago

Stuju sis.. Saya tgh2 pregnant ni cepat emosi, baca post sis ni pun rase emosi jga.. Bukan senang isteri nak mengandung dan beranak, sekarang la keadaan dia senang, sudah beranak totally hidup berubah di mana suami dan isteri kena berganding utk besarkan anak. Sya doa suami sis utk menjadi seorang ketua keluarga yg bertanggungjawab, provide keperluan2 isteri dan anak dgn hati yg terbuka. Sis tak perlu rasa seperti menyusahkan laki. Sudah menjadi tanggungjawabnya menjaga sis pun. Dia puji2 isteri kwn is just his excuse for not stepping up utk cari duit lebih.

faham sangat sebab sy pun alahan teruk 1st trimester dulu. teruk sangat memang lansung rasa diri ni tak function. Pendapat saya kalau ada mak ayah, boleh tumpang dulu rumah mak ayah sbb time2 mcm ni kita memang perlukan orang untuk jaga kita. nanti bila pergi klinik kesihatan boleh ckp dkt nurse/doktor untuk appointment psychologist percayalah ia membantu mental kita. Tapi yang paling penting, cari masa yang sesuai susun ayat betul2 biar lengkap ayat tu, cuba slow talk dengan suami. luahkan segalanya. cakap dekat dia kita tak minta untuk jadi macam ni, percayalah ini rezeki dari Tuhan. lepas tu minta sesiapa yang rapat dengan suami, ibu bapa dia ke kawan2 dia. minta tolong nasihat atau bagi kata semangat dekat suami tu. harap dipermudah urusan nya Aamin

Baca lagi
TapFluencer

Bawa banyak bersabar ya sis , cuba communicate dgn suami . Bgtau if doktor ada suggest apa2 . Jangan sis saja tahu , suami kena tahu walaupun dia tiada teman sis ke klinik . Sepatutnya suami takboleh pertikai if sis tak larat dalam menjaga makan minum , sebagai suami kena memahami . Sis dah berkorban kerja sis ikut suami , kemudian diberi zuriat . Suami kena faham tugas bila isteri mengandung . Tak semua boleh bezakan dengan orang lain . Sepatutnya sebelum atau awal berkahwin sis bincang dgn suami plan bersama . Dari segi kewangan , penjagaan suami ketika pregnant atau ada anak . Apapun saya doakan sis dipermudahkan . Banyakkan berdoa minta dilembutkan hati suami , cerah biji mata melihat & memahami pengorbanan bumil ni .

Baca lagi
VIP Member

Sy slalu rasa yg sama, rasa susahkan suami. Sbb sejak pregnant sy benti cari duit. Trimester pertama sampai 15weeks mcm tu morning sickness sy teruk mmg tak boleh masak langsung 3bulan tu. Jd hari2 beli mkn luar tp sy tak mintak duit belanja kat suami asalkan sy cukup makan pakai. Sy faham byk duit dia nk kluar. Lepas 3 bulan tu mmg alhamdulillah cuba gigihkan diri masak sbb sian kat suami asik beli je makan. Nasib dia paham sbb dia sendiri nampak sy muntah2😅 Morning sickness ni bukan benda main2, masa sy mmg lemah sgt badan. Asik baring je. Time2 pregnant ni mmg suami kena support. Anak berdua kan. Jgn sebok puji isteri org lain bekerja, isteri yg bekerja pun kalau boleh ngandung2 nak duduk rumah je rehat 😂

Baca lagi

selalu cakap dekat husband, "terima kasih husband belikan makanan, semoga makin banyak rezeki husband" x kisah husband buat apa pun cakap mcm ni selalu dekat husband. dalam hati kene ikhlas n redha dgn husband. fahami husband masih cuba sesuaikan diri dgn tggjawab. dulu husband sye pun struggle, mcm mengeluh jugak. nnti lama² dia sedar dia bahagiakan kita rezeki dia lebih banyak. ajak sembang malam² atas katil sebelum tido, tanya husband ada benda nak cerita ke x. time pregnant ni mmg rse mcm kita nak dimanjakan tapi boleh jugak kita manjakan husband tanya ok ke x. picit² lembut husband biar husband tenang.♥️ moga membantu. ♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️.

Baca lagi

saya pun pernah rasa mcm ni. cuma bezanya, sy tengah study. and now sy tgh pregnant. risau juga. tp Alhamdulillah suami faham. dia mmg ada bgtahu kalau penat nk masak, boleh beli. tp yelah nk beli tu mmg nahal. sekalj makan boleh jadi Rm20 utk 2 org. cuma, klu ada masa lapang, mmg sy cuba usahakan juga utk masak. bila betul2 tak larat, mmg sy tak masak. ckp baik2 dengan husband yg kita tgh pregnant. anak dia jugak. so, puan pun perlukan rehat yg secukupnya. biasalah tu kalau isteri ikut suami dan tak bekerja. mmg tanggungjawab seorang suami pun jaga isteri dan anak2. Tak perlu rasa yg kita menyusahkan suami. semoga dipermudahkan segala urusan puan juga

Baca lagi