Sedih dan serabut

Salam mommy2. Maaf saya nak meluah dekat sini sebab takda tempat nak bercerita. Makin pendam makin serabut. Ada ke mommies dekat sini yang rasa macam menyusahkan suami? Saya pregnant 10 weeks lembik tak larat nak masak. Dan doctor memang suruh banyakkan bedrest sebab pernah gugur sebelum ni. Jadi husband kena beli hari hari. Tiap kali dia beli tu mesti ada rungutan "mahal betul makanan sekarang" "memang harga mahal camni ke?" Kadang dia tanya "harini larat tak nak masak?" Saya jadi serba salah. Bila fikir balik itu la tanggungjawab dia. Cuma nak minta beli tu jadi takut takut. Kadang saya order dekat foodpanda je senang. Tapi setengah makanan yang saya teringin tu takda, risau nak cakap dengan dia sebab mesti la dia kena beli. Saya belum bekerja sbb baru kahwin ikut dia pindah rumah dia. Terpaksa berhenti kerja. Kadang dia puji isteri kawan dia sebab kerja gaji besar. Asyik memuji je sesiapa yang isteri bekerja. Lagi la saya rasa saya ni menyusahkan, sedangkan dia tahu saya belum kerja. Sampai sekarang saya terasa macam saya ni beban untuk dia. Fikir pasal ni sampai stress pening kepala. Nak bincang dengan dia tapi entah la

32 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ibu mengandung senang untuk kecil hati, tapi suami ni kadang xboleh nak digest 😑 Dah tahu mahal, pergi la cari dan survey kedai makan yg murah. pebenda la.. laki saya dulu mcm ni. biasa la, masa tu baru2 kawen lagi. banyak benda nak kena tolak ansur, bergaduh bertumbuk, masam muka sana sini 😂 kami pindah sejak saya pregnant kali ke dua. baru merasa susah senang bersama sebab sebelum ni stay dgn mil. ada jugak merungut dia bagai 🤪tapi saya jenis muka tebal, pendam dan kena sabar 😂 so lepas, dah pindah..mmang fully lah dia kena all out kerja. sebab dia bread winner dlm family kami. sayaa ada je buat bisnes kecil2. tapi duit tu idok ler nak sumbang dekat komitmen fam sebab, duit tu saya buat sebagai emergency money. ni pon dia dah pinjam berapa dah 🤑🤑🤑🤑 wajib bayar 🤣 bab beli makan, bukan setakat sebab mengandung je xlarat masak..suri rumah ada hari dia malas masak ye. suami, tolong la beli makanan 😂 kami mmang ada hari malas nak memasak dan xboleh masak sebab xlarat ke, xleh nak bau masakan ke.. cuma tulah, saya selalu tekan dekat suami..nak beli makanan, beli dekat kedai murah tapi kuantiti banyak 😂😂 laki saya keja rider. kadang2 je order sebab foodpanda ke grab kena bijak membeli jugak, sebab kena la guna yg valid ada voucher 🤣 nak tapau luar tu, beli la kedai yg murah makanannya. dan! amboiiii..laki awak ni xtahu ke skarang barang semua harga naik. eh, barang basah yg nak kena beli pon mahal ok. bawang pon nek harga. campak kuali suruh masak kng baru thu

Baca lagi