Sedih dan serabut

Salam mommy2. Maaf saya nak meluah dekat sini sebab takda tempat nak bercerita. Makin pendam makin serabut. Ada ke mommies dekat sini yang rasa macam menyusahkan suami? Saya pregnant 10 weeks lembik tak larat nak masak. Dan doctor memang suruh banyakkan bedrest sebab pernah gugur sebelum ni. Jadi husband kena beli hari hari. Tiap kali dia beli tu mesti ada rungutan "mahal betul makanan sekarang" "memang harga mahal camni ke?" Kadang dia tanya "harini larat tak nak masak?" Saya jadi serba salah. Bila fikir balik itu la tanggungjawab dia. Cuma nak minta beli tu jadi takut takut. Kadang saya order dekat foodpanda je senang. Tapi setengah makanan yang saya teringin tu takda, risau nak cakap dengan dia sebab mesti la dia kena beli. Saya belum bekerja sbb baru kahwin ikut dia pindah rumah dia. Terpaksa berhenti kerja. Kadang dia puji isteri kawan dia sebab kerja gaji besar. Asyik memuji je sesiapa yang isteri bekerja. Lagi la saya rasa saya ni menyusahkan, sedangkan dia tahu saya belum kerja. Sampai sekarang saya terasa macam saya ni beban untuk dia. Fikir pasal ni sampai stress pening kepala. Nak bincang dengan dia tapi entah la

32 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya masa first trimester sama macam sis mmg tak boleh masak. Tengok bahan mentah pon nak muntah. Masuk dapur pon rasa geli. Cakap ngan suami suruh dia masak je. Simple2 pon takpe setakat telur ngan bilis pon takpe. Suami kena la faham. Nak beli memang mahal so dia terpaksa berkorban la untuk masak. Bab bekerja memang tak patut suami bandingkn. Kita resign pon sebab nak pindah duduk ngan dia. Sebab tu bila ada kawan2 baru kahwin nak resign pindah duduk dengan suami saya pesan pastikan dapat kerja dulu. Awal2 memang ok. Lama2 kita tak tahu. Semoga sis kuat. Faham kita ni ibu mengandung memang kuat terasa 🥺

Baca lagi

saya faham tu. saya pun berhenti kerja lepas kahwin then dapat tahu pregnant. saya memang tak larat nak masak langsung masa 1st trimester. saya selalu bagitahu suami nurse dengan doc pun suruh banyakkan rehat sebab baru first pregnancy. lepas tu saya selalu sembang depan umi dia bagitahu asyik beli mknn je sekarang sebab tak larat nak berdiri lama. nanti umi dia la nasihat dia badan semua orang tak sama, org yg sama pun lain² pregnancy lain keadaan badan. sekarang ni 3rd trimester saya mintak husband beli kerusi untuk saya duduk kat kaunter dapur, so bolehla masak sambil duduk.

Baca lagi

sabar sis.sis jgn stress.keguguran pn boleh di sbbkn oleh stress.sy pn mcm sis dlu.ade history 3x gugur.skrg pregnant 27w.masa trimester 1 mmg lgsg xlarat buat keje² rumah.masak even mengemas.ada ank jga perlu di urus.tp klu kita pn bg moral support kt suami.insha Alla dia akn paham sama.kne saling melengkapi.sb bkn bakal ibu shj mind nye kne jga.tp bakal bapa pn sama.kita kekdg² lupa bakal² bapa pn mengalami stress dgn pregnancy kita nie..kita nmpk dorang mcm kuat dr luaran.tp sebenarnya dlmn dorang pn ade rasa takut & goyah.jd sis pn kne sesama bg moral support dkt suami..

Baca lagi

saya mengandung kali ke 2 mcm ni mmg teruk punya simptom..emosi apatah lagi kalau kata2 tak ngam nak di dengar..mulai lah rasa sedih,marah dan rasa menyusahkan..bagthu lah suami kalau mahal xpyh beli..tlg lh masak jer..kalau malas masak baru beli..kalau dia merungut..awak rungutlah balik ..awk kena cakap tapi bukan dgn nada marah atau kesal..cakap lah dgn nada yg lembut tp tegas..kena bersembang dgn spontan baru hati sama2 terjaga..kadang suami ni bukan apa..dia pun mengandung jgk time kita mengandung..tp awk sendiri lh tahu sbnr nya sblm dan selepas suami awk mcm mana..😊

Baca lagi

Semua org lain nasib dan lain pengalaman sewaktu mengandung dan hubby kena byk bersabar dan bekerja lbh kuat utk menyara si isteri dan bayinye. Mmg trimester 1 ramai tk larat nak masak, ada smp 9 bulan on off tak blh masak.! Nak puji isteri org .. mana dia tahu kesusahan org lain mgkn pandang di mata atau dgr di telinga itu sj kebahagian ? semua org tak perfect ada je masalah mereka yg terselindung dgn dukaan. Ada je kekurangan yg mgkn sis xde.Suami isteri adalah pasangan yg direstu oleh allah sbg gift dan sewaktu salah seorg tak larat perlu dijaga

Baca lagi
TapFluencer

suruh je husband masak sis. merungut byk sgt kan 😂 bagi sye sis boleh beli sendiri. jgn order dkt food panda. sbb panda hrga mahal. boleh search dkt fb. tgok dkt panda, lps tu search nama kedai tu. sbb kdg kebykn nya dah buat delivery in house. xpun dkt fb pon byk org niaga kalau dkt group area kawasan sis tu. so boleh beli lebih utk husband sekali. sis mintak je duit dgn die 3 hari sekali ke 2 hari sekali tpi kalau die bgi rm10 tu, kena mintak hari² la 😁

Baca lagi

sedihnya saya baca, tambah ibu hamil ni sensitif..Doa banyak2, semoga Allah tunjuk jalan keluar.Doa spya Allah lembutkan hati suami, Allah bagi rezeki yg banyak buat suami, mudahkan urusan kerja suami, dan bagi kesihtan yang baik buat awak..Aamiinn.. kalau sy, sy minta izin suami jela,balik kg, duk ngn makayah sdri. .sementara nak sihat kuat sikit, lps tu boleh kot sis cuba buat bisnes online...insyaAallah,sis kuat

Baca lagi

alahai kesiannya mommy. sy pon 10 weeks preggy. anggap je itu dugaan dan kuat lah demi anak. sy pon terpaksa resign sbb alahan teruk tp alhamdulillah suami faham. kdg2 suami ni bila ank pertama dia masih buntu dan bimbang akn ekonomi yg x stabil. cuba buat dia fhm yg setiap ank tu ada rezekinya jgn bimbang sbb rezeki kita Allah yg tentukan selagi ada usaha dan doa insya Allah mencukupi🥰

Baca lagi
VIP Member

Mintalah suami masak. Lauk simple pun jd la asalkan makan. Sy awal preg, alahan bau tumis2, bau ayam/ikan, larat je masak tp bgtahu kt husb yg sy akan jd loya bila hadap semua tu then husb ok, dia masak sendiri apa dia nak makan. Yg part sy punya, sy order je. Kalau larat sikit, sy masak la sup2 simple mcm bihun sup. Asalkan makan & masakan itu simple.

Baca lagi

haha..sya pernah rasa mcm ni. tapi sebabnya kita ni xbekerja. tapi sya kuatkan ht dan semnagat kalau mntak itu ini idam itu ini dikatakan mengada2. so sya nak apa nk mkn apa sya buat je msk je sndri xpon sya beli je sndri. sya xharap sgt suami sya. sb sya lebih rela jaga hati telinga sya ketika hamil.

Baca lagi