Keputihan
Salam. Kalau keputihan kita hijau pekat sangat ada apa apa effect ke?
Keputihan hijau pekat pada rembesan faraj adalah tidak normal. Ini mungkin disebabkan jangkitan samada kulat/fungi ataupun bacteria dan juga kerana ketidakseimbangan eko-sistem bakteria di dalam faraj. Pesakit mungkin mengalami kegatalan, tidal selesa dan rembesan faraj biasanya berbau hanyir. Wanita yang mengalami gejala ini disarankan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan ujian makmal seperti ujian swab dari rembesan tersebut. Rawatan bergantung kepada pemeriksaan doktor samada ubat mengurangkan gatal, ubat anti-kulat dan antibiotik. Pesakit dinasihatkan untuk menjaga kebersihan bahagian luar alat kelamin dengan hanya mencuci dengan menggunakan hanya air suam dan memastikannya sentiasa kering. - By Dr Zaharuddin Bin Rahmat @ Mohd Rawi (Consultant O&G)
Baca lagihijau pekat sgt ke? sbb saya skrg pun keputihan hijau² tapi takde gatal dan bau. Dah dua kali doc bgi ubat insert vagina tu tpi tkde beza juga 😅
Sy punya keputihan kuning sis,.keluar on of.bila g kk,doc ambil simple keputihan..tak ada jangkitan kuman...tapi risau juga.....
Gtau nurse. Mungkin gbs dh tu. Ntt dorg ambik smple. Klau mgndung. T baby kua kena on antibiotik. Ce google GBS for further info...
Ya... Betul tu. Sya pernah kena ambik sample keputihan dorg suspect gbs. Nasib baik result negetif
Better ke KK segera...klu keputihan putih n x berbau or bewarna tu normal.. Jika sebaliknya hrp sis ke klinik tuk rujuk doc..
sy pon de keputihan... doc kk da bg antibiotik... doc pesan perbykkan mnm air 0...
Wslm.. infection tu sis, kena g klinik / hospi utk further test..
Bahaya tu sis lebih baik refer hospital
Hmmmm g klinik je.
bahaya
Momsy of 2 energetic cub