Kulit gelap di pelipat

Salam ibuibu semua. Boleh hilang semula ke kulit yang jadi gelap sebab mengandung? Suami tegur belakang leher makin gelap lepastu, saya jarang tengok cermin sebab taknak rasa down. Suami cuma cakap makin gelap je, dia okay aja. saya yang rasa tak okay. Lepastu bila duk depan cermin baru perasan ketiak legam betul. Masatu la tengok kat celah paha sama legam... Saya jarang belek badan sebab taknak down. Tapi tengok badan sendiri dengan kulit makin gelap hari ke hari rasa malu pula nak bersalin nanti... Saya guna micellar water dengan baby oil untuk hilangkan tapi sama ja. Nak guna product whitening takut pula kesan kat baby. Camna ya boleh hilang ke?

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Normal bahagian2 tu gelap. Boleh hilang sikit demi sikit selepas bersalin. Tak perlu guna whitening products. Ada GDM tak? Belakang leher hitam sama ada semasa hamil atau tak hamil salah 1 tanda glucose intolerance. So salah 1 cara tak nak gelap2 ni, kawal pengambilan gula dan tinggi karbohidrat.

Baca lagi