Kulit gelap di pelipat

Salam ibuibu semua. Boleh hilang semula ke kulit yang jadi gelap sebab mengandung? Suami tegur belakang leher makin gelap lepastu, saya jarang tengok cermin sebab taknak rasa down. Suami cuma cakap makin gelap je, dia okay aja. saya yang rasa tak okay. Lepastu bila duk depan cermin baru perasan ketiak legam betul. Masatu la tengok kat celah paha sama legam... Saya jarang belek badan sebab taknak down. Tapi tengok badan sendiri dengan kulit makin gelap hari ke hari rasa malu pula nak bersalin nanti... Saya guna micellar water dengan baby oil untuk hilangkan tapi sama ja. Nak guna product whitening takut pula kesan kat baby. Camna ya boleh hilang ke?

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

normal bagi saya . sbb kite Nye hormon da berubah . tak hilang sebab hormon . buat laa memacam camtu gak . nanti lepas bersalin hilang sendiri tau slo slo . jgn risau . saya anak petama girl leher hitam + tumbuh kutil kecikkecik , anak kedua boy ketiak pulak hitam + berkerak. nyampah betul 😂 skrg anak da nak masok 4bln ketiak makin ok legaaa 😂

Baca lagi

biarkan je sis.. mmg normal gitu.. sy pun pernah masa preggy anak ke3 rasa plg trk hitam2 kat pelipat.. ketiak tu jgn ckp la, malu rasa.. tapi lps bersalin, sy guna scrub, elok boleh hilang gelap dekat ketiak tu.. anak yg lain xde la plk trk sgt.. skrg preggy anak ke5, ada la gelap skt je, tak trk jgk..

Baca lagi
4w ago

sy pun mcm tu ..lepas bersalin alhamdulillah....ok dah normal balik...sy baby boy ...semua gelap ...

TapFluencer

Normal bahagian2 tu gelap. Boleh hilang sikit demi sikit selepas bersalin. Tak perlu guna whitening products. Ada GDM tak? Belakang leher hitam sama ada semasa hamil atau tak hamil salah 1 tanda glucose intolerance. So salah 1 cara tak nak gelap2 ni, kawal pengambilan gula dan tinggi karbohidrat.

Baca lagi

Samalah kite, redho jela ek, tapi serius ketiak makin gelap, nak kata selalu pakai deodorant mmg tak pakai kecuali keluar je sbb ketiak mmg jenis x berbau, sebelum preggy helok je, ni dh preggy sabor jela segala tempat hitam dgn gatal2 huarghhhh🥴 nak beranak pun rasa malu😂

Saya baru 8 weeks, tapi perasan celah peha tiba2 sgt gelap. then dekat blkg peha, tiba2 ada visible selulite and sgt2 besar... whole peha belakang. nak exercise/ brisk walk pun takut miscarriage.. sbb kat rumah mmg Buat kerja rumah. taknak over push body bila exercise 😢

sama lah kita sis tekujut jugak bila tegok sbb anak pertama dah kedua tiada pulak bila ada ketiga semua gelap🤣 leher dah ketiak makin hari makin gelap dah cuba macam macam produk nak cerah kan tapi tetap macam itu mungkin sbb hormon masa mengandung

Normal sebab faktor perubahan hormon..lepas bersalin akan beransur hilang. https://my.theasianparent.com/kulit-hitam-ketika-hamil/amp https://my.theasianparent.com/kulit-hitam-saat-hamil/amp

nanti lepas bersalin hilang sendiri jangan gosok sangat nanti lepas bersalin susah nak hilangkan Biasalah tu hormon pembawaan baby kemungkinan Baby Boy kot🫣🤭🤭

tak perlu scrub sebab bukan daki sis.. tapi sbb hormon. jgn risau, masa bersalin nanti macam2 dah doctor dan nurse dah tengok sis. ur normal je sis

hi, saya pon mengalami simtom ni semasa dan selepas bersalin. jangan risau, ia akan hilang selepas pantang. kira2, 4-5 bulan selepas bersalin.