Istihadoh : Berhenti ambil pil perancang
Salam dan hai ibu-ibu yg berpengalaman, Saya dah 10 bulan ambil pil perancang dan 2 kali istihadoh (darah keluar semasa tempoh suci haid). Pertama kali masa 6 bulan kelahiran - anak dah mula makan, jadi tukar pil drpd noriday ke Oralcon. Kali ni pada bulan ke 10 kelahiran. Setiap bulan kitaran haid normal kecuali 2 bulan tu lah. Saya rasa agak susah untuk beribadah sbb ambil masa lama nak bersuci; bersihkan kemaluan, bersihkan pad, wuduk, dirikan solat dan masa sama anak dlm. fasa seperation anxiety yg mana saya letak dia dlm cot sementara saya bersuci dan solat, dia merengek nangis kadang menjerit jika waktu nak tidurnya walaupun saya solat sebelah cot. 😅 Dlm erti lain, anak nak saya beri perhatian penuh padanya. Hujung Mac, baru next appointment dgn perancang. So, saya bercadang, nak hentikan pengambilan pil perancang sementara ni lagi2 nak masuk Ramadan kan dgn harapan tiada lagi istihadoh yg bg saya tak selesa untuk saya mendirikan ibadah. Apa pendapat ibu-ibu semua? Lepas Syawal (pelan ganti puasa Ramadan) , sambung balik ambil pil perancang. Bab merancang dgn suami tu, insya Allah, saya cuba fahamkan suami. Tak sempat bincang pasal pause ambil pil perancang lg. Cuma sempat bagitahu dia saya istihadoh, so no entry. Ha ha. #bantusharing
seorang ibu ❣️