Sedih dengan suami, stress dengan diri sendiri

Saja nak luah. Dah masuk 8 bulan ni, saya makin sensitif. Dan suami pula masih sama dengan sikap dia yang akan melenting, marah, dan mengungkit bila dia tak suka dengan apa yang saya buat. Kalau dia buat perkara yang saya tak suka, saya boleh je bersabar dan tak menengking. Tapi dia tak, dia akan marah je tanpa consider saya yang tengah mengandung ni dengan emotional naik turun. Saya dah la tengah berperang dengan rasa tak berguna sebab dah takde source of income sendiri. Jadi saya tak boleh nak beli barang baby ikut apa yang saya nak. Nak rely fully dekat suami tak boleh, baru beli baju 4 pasang pun dah dikatanya banyak. Memang dia ingat saya tengah2 pantang tu boleh nak basuh baju baby hari2 agaknya. Dia dah la kerja, memang akan lepas tangan urusan saya pantang dengan baby. Saya pantang dekat rumah mak sendiri pun tetap tak boleh nak susahkan dia sebab mak saya masih bekerja. Bila fikir benda ni semua, saya memang akan menangis. Hari-hari menangis. Tak tahu dah nak pujuk diri sendiri macam mana. Saya kesian dekat baby. Tapi saya sendiri dah rasa useless, helpless.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bertabahlah sis. Kita lebih kurang senasib. Husband sy balik negara dia nak uruskan pengebumian ayah dia. Barang baby semua sya yg beli sbb sy bkerja dan suami student tapi ada side income ckup2 bayar sewa rumah jer. Skrg sy dah 9 bulan tunggu masa nak meletup. Dia masih lagi disana, duit utk hospital pun blum bagi lagi. Sakit, penat kerja suami tak ada. Smua kena tanggung sndiri. Tapi Alhamdulillah sy pantang nanti mak sy jaga. InsyaAllah kesusahan yg kita tanggung skrg Allah akan balas dgn kesenangan. Dan semoga sis dipermudahkan urusan bersalin nanti ya.

Baca lagi

Kuatkan diri untuk baby ok. Kalau tak mampu usaha mintak bantuan dr keluarga dulu. Setiap insan Allah uji pelbagai cara. Jika kita anggap ujian Allah sebagai 1 hikmah pasti ada balasan yg indah Allah sediakan untuk kita. Utamakan diri dan anak dulu k. Abaikan apa yg suami buat dan ucapkan. Jangan putus asa, terus kuat dan berdoa dipermudahkan setiap urusan... sujudlah kepada Allah agar kita menerima pertolongan darinya.. Aminnnn. berusaha utk terus fikir perkara yg positive...

Baca lagi

baju 4pasang byk? baby sye sehari 6helai tuko baju awk wei. pampers bocor la susu tumpah la bby muntah lah. xkn nk biar je bby pakai baju sama. haih laaa laki awk nii, ape kate awk bako je baju die sume, tgl kn 4 helai je. die ckp 4helai tu byk kn. haaa suruh la die pakai 4helai tu. ckup ke x utk die. walaupun sye basuh hari2 baju bby, kena time hujan sepanjang hari, kosong jugak almari bby tu. apetah lgi kalau 4pasang je. xkn nk biar anak belenggeng je.

Baca lagi
7mo ago

Sy pun. Tergelak part bako tu. 🤣😂 Tapi logik gak. Tgglkan dia 4 helai. Tgok cmne dia struggle nak pakai 4 helai baju

Memang dari sebelum mengandung peel dia macam to ke?? mintaa maaf ya tapi saya nak pesan kalau macam to peel suami awak tolong lah gap kan anak sbb nanti awak akan stress sendiri.. Sayang diri awak dulu baru fikir benda lain .. emosi kita penting

allahuakbar.. 4 helai dikatanya banyak.. 🤦🤦 sehari je dh 4 helai sis.. sye yg baru ada 20helai ni pun still rse x ckup.. tu pun nk tmbh sikit2 lg tgk pd kwngn jgk mcm mna . hmm xtau nk ckp mcm mna.. semoga sis tabah ye

sbr sis.. brg baby tu cuba tnya fmly2.. ada sp2 nak bg baju ke..brg2 pntg ke.. dlm fb pon ada org buat mcm tu... sy hrp sis kuat dan lebih kuat lps melalui semua ni.. byk2 istifar sbb istifar mampu menyelesaikan masalah..

Sy ada bnyak baju baby.. Tp Item bundle la.. Nak x? Baju ada tu org bg. Ok lg baju nya

sy ade bnyak baju baby.. tp bby boi lah.. sis nk tak..?? sy boleh pos kan..

12mo ago

nakk

Lepas ni buat source of income sendiri tau. Awak insya allah baby girl ke boy?

Sbr ye awk