Sedih dengan suami, stress dengan diri sendiri

Saja nak luah. Dah masuk 8 bulan ni, saya makin sensitif. Dan suami pula masih sama dengan sikap dia yang akan melenting, marah, dan mengungkit bila dia tak suka dengan apa yang saya buat. Kalau dia buat perkara yang saya tak suka, saya boleh je bersabar dan tak menengking. Tapi dia tak, dia akan marah je tanpa consider saya yang tengah mengandung ni dengan emotional naik turun. Saya dah la tengah berperang dengan rasa tak berguna sebab dah takde source of income sendiri. Jadi saya tak boleh nak beli barang baby ikut apa yang saya nak. Nak rely fully dekat suami tak boleh, baru beli baju 4 pasang pun dah dikatanya banyak. Memang dia ingat saya tengah2 pantang tu boleh nak basuh baju baby hari2 agaknya. Dia dah la kerja, memang akan lepas tangan urusan saya pantang dengan baby. Saya pantang dekat rumah mak sendiri pun tetap tak boleh nak susahkan dia sebab mak saya masih bekerja. Bila fikir benda ni semua, saya memang akan menangis. Hari-hari menangis. Tak tahu dah nak pujuk diri sendiri macam mana. Saya kesian dekat baby. Tapi saya sendiri dah rasa useless, helpless.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kuatkan diri untuk baby ok. Kalau tak mampu usaha mintak bantuan dr keluarga dulu. Setiap insan Allah uji pelbagai cara. Jika kita anggap ujian Allah sebagai 1 hikmah pasti ada balasan yg indah Allah sediakan untuk kita. Utamakan diri dan anak dulu k. Abaikan apa yg suami buat dan ucapkan. Jangan putus asa, terus kuat dan berdoa dipermudahkan setiap urusan... sujudlah kepada Allah agar kita menerima pertolongan darinya.. Aminnnn. berusaha utk terus fikir perkara yg positive...

Baca lagi