Akhirnya burn out

Hai ibu2. Hari ni masuk hari ke 35 berpantang sendiri, hari ni juga hari paling teruk buat saya. Anak kedua dah mula nampak high need baby, anak sulung pula makin sukar dikawal. Dia boleh dengar, ikut cakap. Tapi saya dah terlalu penat mental. Anak kedua tak nak tidur, dari pagi hanya makan mihun goreng semalam yang dipanaskan sampai dah lewat petang tak makan apa pun lagi. Nak masak, anak kedua asyik nak melekat. Baru nak tidur, anak sulung buat bising. Saya cuba tidurkan anak kedua dalam bilik, ajak yang sulung tidur tapi dia bentak kata nak tengok tv. Kalau adik dia tidur, memang dia akan buat bising. Akhirnya saya marah dia, cubit dan rotan dia. Terlalu marah hanya kerana dia tak mahu tidur,sampaikan yang adiknya menangis pun saya rasa nak campak. Suami kerja, dia selalu je bantu kerja rumah. Kalau saya jaga no 2, dia jaga yang sulung. Tipula tak sayang kat anak kan, mesti lah sayang. Dalam tak sedar, saya pukul diri sendiri pakai hanger baju tebal. Tak nak anak sakit, saya sebat diri sendiri. Sumpah, rasa sedih buat anak gitu. Tapi pada masa sama saya penat, stress. Saya cuba jaga emosi sebab saya bf anak kedua.nak cerita dekat mak pun tak kuat, saya tak nak mak fikir menantu dia tak jaga hakikatnya suami memang jaga elok je. Entah la, nak mengadu pada siapa lagi pun tak pasti. Doakan saya kuat lalui semua ni, mainan emosi memang jahat.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

suruh husband amek cuti dulu 2 3 days. kalau x pon, mntk husband crik kn penjaga anak sulung dulu. mntk tumpang rumah sedara ke mak ke mak mertua ke adik beradik ke. nnti ptg husband balik kerja boleh amek yg sulung. makanan tu beli jela sis. order online. fp ke grab ke kalau x sempat.

Moga awk kuat. Awk kne minta tolong juga dgn mak utk jagakan anak sulung. Baby high need mmg letih nk jaga tambah ade anak lain yg perlu perhatian juga. Awk juga kne rehat. Sy doakan urusan awk dimudahkan