Anak takut orang.

Anak sy dah setahun 3bulan. Tapi sy tak pernah hantar pengasuh, gilir2 jaga dgn suami. Jadi kesannya anak sy takut org. Kalau org tak tegur dia atau buat tak peduli baru dia pegi kat org tu. Masa sy mengandungkan dia, sy ada isucdgn MIL, selalu sedih dan terguris dgn dia sampai la sy dlm pantang pun masih menangis² sbb terasa hati dgn MIL. Bila anak dh kenal org, dia asyik nangis je kalau dgn mil sy. MIL jln sebelah pun dia nangis dan takut Berbeza dgn org lain, walaupun org lain ada nk cuit² dia, dia xde la nangis mcm jumpa mil sy. Adakah benda ni terjadi sbb dari dulu lagi sy terguris hati dgn mil sy. Maksudnya baby dpt rasa ke apa yg mak dia rasa masa dlm kandungan.#bantujawab #ingintahu #anaktakutorang

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Adakah benda ni terjadi sbb dari dulu lagi sy terguris hati dgn mil sy. Maksudnya baby dpt rasa ke apa yg mak dia rasa masa dlm kandungan. Saya memahami bahawa anda mengalami situasi yang mencabar dengan anak anda yang kelihatan takut terhadap MIL anda. Perlu diingatkan bahawa perkembangan emosi dan psikologi anak adalah sangat sensitif. Anak mungkin merasakan ketegangan dan kecemasan yang anda alami semasa mengandungkannya, namun ini bukan bermakna anak boleh menyerap perasaan anda secara langsung. Satu langkah yang boleh anda ambil adalah untuk memberikan lebih banyak masa kepada anak bersama MIL anda, supaya mereka boleh membina hubungan yang lebih rapat. Selain itu, anda juga boleh memberitahu MIL anda untuk memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak dalam suasana yang positif, tanpa menunjukkan sikap yang terlalu tegas atau mengancam. Tetapi jika situasi ini tidak berubah, anda boleh mencari bantuan dari pakar kanak-kanak atau psikologi kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci. Semoga segala urusan anda akan dipermudahkan. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

setahun 3 ni,untuk yg Jenis biasa dijaga Oleh parent shj/ibu surirumah, jarang jumpa org,mmg normal kalau dia stranger anxiety.. ank sy smpai setahun 6 dia punya takut org. pergi checkup kk lagi la.. asal nak msuk pintu kk je dia dah jerit.. ni lama2 dah beransur ok dah.. skrg nak setahun 11.. pergi mall ke mana2 ke smua dia lmbai,atok nenek dtg rumah ,semua dia salam.. budak ni dia tahu org baik ke x dgn dia.. takpe sis.. slow2 bawa jalan ke, kenalkan dgn org ke.. bawa main taman hujung minggu,gi indoor playground.. ajar dia salam, lambai.. inshaAllah setahun 6 ke atas akan berkurang..

Baca lagi

Usia anak macam tu normal la anak takut orang. Kita yang dah tua ni pun rasa x selesa kalau dengan orang yg x biasa jumpa. Inikan pulak budak yang dunia dia cuma ada mak ayah dia je. Bagi anak masa, kalau anak xnak jangan paksa. Dah besar sikit nanti ok la tu. Anak saya pun lepas 2 tahun baru nak dengan atok nenek. Boleh geng dah dengan atok pergi ngeteh petang2.

Baca lagi

Baby ni hanya ada short term memory. Tapi dia kenal siapa care taker dia (yg menyusu, yg jaga dia sepanjang hari). Kalau org yg selain care taker, dia akan rasa tak selamat. Mmg normal klu todler tak berapa suka or takut dgn org mereka tak kenal kecuali dgn org yg mereka da biasa. Nama nya seperation anxiety.

Baca lagi

mmg umur dia puan.. anak sy pun dgn sy 24jam, tp selalu bwk gi keluar jalan2 dia suka tegur org, tp dr jauh je, if org datang dekat mmg dia takut. balik kg tiap 2weeks tp gilir2 belah sy & suami, tp masa baya anak puan tu mmg takuttt walau dgn family. tengok dr jauh je pegang pun takleh

jgn negative sis. mmg normal bdk tu mcm tu diusia ni. hntr je kt taska sis. at least ade activity dn perkembangan mereka dr hntr ke pengasuh. ank sy ni dr lps bsalin hntr taska bbanding dgn abg dia 3thn br hntr taska beza byk dr segi perkembangan dia. 2sen pndpt.

ank sy pun smpai skrg tkt kt org dewasa lagi2 lelaki . kalau bdk yg seumur dgn dia elok je dia main bergurau apa semua . ank sy pun tk pernah sy hntr pengasuh atau taska , bwk g tmn je hari2 . insyallah lama2 dia blh bergaul dan tk tkt dkt org yg dia kenal .

TapFluencer

unpopular opinion, but saya percaya ya baby memang boleh rasa apa yg kita rasa masa pregnant. tapi jangan risau sis. benda ni boleh nurture. mcm mana kita didik hati redha dgn mak mertua, inshaAllah boleh didik anak sama macam tu.

VIP Member

jgn risau sis ank saya sampai umur dah 2tahun 10 bulan masih takut dengan org.. Dengan MIL&FIL saya pon masih takut n xnak dekat..Asal dekat je nangis.. in Shaa Allah nnti dh besar ok tu..Sabar je la

Normal. Anak sy dlu pn umuran mcm anak sis mmg penakut org mgkin sbb yg sllu jg dia tu sy dn bapa dia. Kalau bw dkt kenduri ke apa mmg karau dia nangis tgok byk org yg dia xkenal.