Sekadar luahan

Assalamualaikum. Saja nak luah, skrg ni mil, fil dgn adk ipar pmpuan stay kat rumah kakak ipar sbb nak jaga anak2 kak ipar dua org. Masalah kak ipar sy ni pemalas @ bossy. Almost 99% mil yg uruskan cucu dia dua org tu, start dari makan, tukar pampers, mandi. Anak kak ipar yg sulung ni lelaki, ada mslh speech delay, then mcm ada mild autism, bdk ni pula everytime nk tido dia akan cari adk ipar n tido atas badan adk ipar. Mslh semua ni menyebabkan mil, fil & adk ipar nk stay dgn sy & suami, sy pun ada anak baru 5 bulan. Suami pun mcm kesian kt diorg, selalu berkias or mcm memujuk supaya sy terima diorg stay kt rmh kmi. Sy pula dua hati, sbb takut kacau perkembangan anak kmi. Contoh, sblm ni sy dh ckp anak sy panggil sy ibu, panggil ayah dia abah. Tp mil still hasut anak panggil sy mama, panggil ayah dia bapak. Pastu mil selalu menyampuk perbualan sy dgn suami, suka control hidup kami, larang beli itu beli ini utk anak kami, lepas dia larang, dia bagi brg2 anak kak ipar kat kami tanpa izin kak ipar. Fil pula selalu bagi mkn chocolate kt anak2 kak ipar tu, sampaikan diorg tk nk makan nasi. Dua budak tu, yg sulung 3thn kdg makan nasi + sup je. Yg adik pula 2 tahun masih makan bubur. Sy takut kalau serumah dgn diorg ni, menganggu pembesaran anak sy, sy ada target utk anak sy pandai makan, tak picky eater. 🥲

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumusalam, wuihh agak parah ni sbb kita taknak hati kita sakit, dan kita pun taknak menyakitkan hati sesiapa, tapi gitulah, memang susah kita nak mengelak... Pada saya, memang TAKBOLEH duduk sekali dgn kita. Sekadar dtg melawat sehari dua tu takpe, kalau hehari menghadap mmm yg tu memang takboleh. Bnyk masalah akan timbul nnt kalau duduk sekali. Sedangkan melawat skjp pun dah memacam teguran kita dengar, apetah pula kalau spnjg hidup nak duduk sekali. Sis bincang elok elok dgn suami. Suami kena main peranan penting supaya both wife and family, dedua takde yg tersakiti atau menyakiti.

Baca lagi

Berkeras dengan suami untuk jangan sesekali bawak org luar masuk rumab awak. Once dah masuk akan susahhhh sangat nk keluar. Kak ipar malas jaga anak, mak mertua x berkeras untuk takmau jaga, kenapa plak famili awak dan awak plak yg kena terlibat. Suruh husband cakap je kt mil tu untuk reject jaga cucu tu. Mil yang xmau reject direct tetiba nak menyusahkan orang plak nak menumpang rumah orang. Berkeras sis. Banyak buruk dari baik. Kalau saya, saya cakao je direct. Mak kalau x selesa x payah jaga cucu. Tu bukan tugas mak. Tu tugas kak ipar. Suami pun kena la mainkan peranan. Tegas sikit suami tu

Baca lagi
5mo ago

Kannn... suami sy tu dah byk kali tegur mak dia. Tapi mak dia taknak dgr, tapi duk mengadu penatlah apa lah dgn org lain.

Pendapat saya, kita tak boleh dduk serumah dgn mil, fil dgn adik ipar. Byk masalah akan timbul nnti. Ni perkara yg awk jangka akn berlaku sbb berdasarkan pengalaman dduk dgn kakak ipar. Byk lg masalah lain nnti. Kalau nak jaga hubungan, emosi dan mental utk awk dn anak, lebih baik berkeras utk hidup berdikari @ bagi alasan yg tak menyinggung perasaan depa. Mil, fil and adik ipar ada rmh sendiri tak? Atau maybe suami awk boleh support sikit keperluan mreka kalaula sbb diorg xde rmh. Boleh byr sewa yg murah2

Baca lagi

wsalam, dlm hal ni suami awak yg kena tegur family dia. bukan nak kurang ajar, tapi bagitau , ni rumah awak, ada rules sendiri. lepas tuh kena tegas bab anak, tak bole nak bagi ssuka hati, ajar bukan2x. lagipun tuh anak awak, jadi apa yg tanggungjawab parent juga. apa pun awak kena discuss betul2x, kalau nak stay kena ikut cara awak, tak bole nak control itu ini buat mcm budak2x.

Baca lagi

Suruh suami cakap kt kak ipar, takut hantar pengasuh sila jaga sendiri. Jangan menyusahkan orang lain. Anak bukan tanggungjawab nenek nk kena jaga. Suruh suami cakap kt mak dia jgk, kalau tak selesa jangan jaga. Tak payah nk meleret smpai nk menumpang org lain. A BIG NO duduk dengan keluarga mertua. Tak duduk sekali dh nmpk red flag, inikan kalau duduk serumah

Baca lagi

Suami. Tolong function sikit tegur adik beradik dan mak. Macam mana nak didik anak kalau ada ikut campur cara kita. Sebab tu kena duduk asing. Saya mmg berkeras nak keluar dari rumah parents suami lepas beranak and dapat. Walaupun dekat tapi takpa janji rumah asing.

Jangan setuju, payah duk serumah yg jenis mil ok takpa ni dah mcm ni nanti kemudian hari x taw cmna plk, xda privacy better bincang dgn suami minta diaorg sewa rumah lain je

VIP Member

Baik jangan sis. Org kata dekat busuk, jauh wangi. Memang disaster kalau serumah dgn mertua.. elakkan lah kalau boleh. Serious.

Diorg xde rumah sndiri ke? klu xde dan family sis berkemampuan apa kata bincang adik bradik suami bayar sewakn rumah utk fil, mil tu

5mo ago

Aik dia takut hntar pngasuh, mak yg kene jaga??

Waalaikumsalam. Maaf nak tanya. Adakah diorang plan nak stay lama kat rumah awak? Atau cuma nak stay few hari je utk jenguk2?

5mo ago

rasanya psl aurat xde isu sbb mil, fil n adik ipar perempuan kan.Cuma xde privacy la....dr cerita awak dorg stay ngn kak ipar yg bossy, rasa kesian plak..tp kalau awak gtau dorg jnis ad peel yg awk xberkenan..better dont..for me BIG NO 😬