Resepi Potato Stick viral
Sedap! Mommies pun boleh tumpang makan cicah sos cili. Hehe.
Kentang 1 biji
Daging Ayam
Broccoli
Daun Sup
Baby Spinach
Serbuk Ikan Bilis
Cream Cheese 1 Sudu
Tepung Jagung 2 Sudu
Steam Kentang, Ayam, dan Broccoli.
Lenyek kan kentang.
Bahan lain dicincang halus.
Masukkan semua bahan, gaul sebati.
Jika adunan seakan berderai, boleh letak 2 - 3 sudu Full Cream Milk. Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah Tepung Jagung.
Bentukkan ikut kreativiti mommies.
Pastikan adunan di kepal dengan padat semasa membentuk. Kalau tak nanti bila goreng, ianya akan pecah.
Panaskan minyak, dan goreng hingga golden brown.
Tips untuk goreng supaya tak serap minyak,
panaskan minyak betul betul, guna api sederhana baru masukkan Potato Stick.
Lepas tu selalu golekkan supaya masak atas bawah sekata.
Tekstur Potato Stick ni rangup diluar, lembut di dalam. Sedap pula tu. Boleh dijadikan menu breakfast atau hi tea. Nak ajar baby mengunyah pun boleh cuba bagi Potato Stick ni, jadikan finger food sebab ianya lembut je.
Juga boleh jadikan stok frozen. Goreng separuh masak, biarkan sejuk baru simpan dalam freezer. Senang, nanti nak makan, defrost dan goreng sekali lagi.
#aybites #aydanyaaqubfoodjourney #8months