Siakap 3 Rasa

Masa perintah kawalan pergerakan ni mesti banyak masa boleh memasak untuk keluarga tercinta. Jadi saya nak kongi resipi mudah untuk masak siakap 3 rasa. Selamat mencuba ? Untuk Ikan: 2 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit Tepung jagung - dilumur pada ikan Minyak - untuk menggoreng ikan Bahan Menumis: 4 ulas bawang putih - ketuk 6 tangkai cili padi - dipotong kecil 1 inci halia - dihiris halus 1 batang serai - ketuk Bahan Sos: 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan Sedikit minyak bijan - optional Bahan bahan Lain: 1 biji bawang besar - dipotong dadu 1 biji tomato - dipotong dadu 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu Separuh biji nanas - dipotong dadu 3-4 helai daun limau purut - buang tulang Daun sup/daun bawang - untuk hiasan Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Gula secukup rasa Maggi cukup rasa secukup rasa Cara cara: Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.  Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar. Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan Maggi cukup rasa secukup rasa.

Siakap 3 Rasa
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

😍😍😍wah..so yummy😋😋😋

Super Mum

Wahhh.. nmpk sedapppl😍😍😍😌

terima kasih share resepi dap nyeee

wahhh bestnya

Sedapnye!

VIP Member

Terbaik

wahhh

VIP Member

Yummy

TapFluencer

👌

Super Mum

😋