Sangkut GDM sudah

Rabu minum air gula. Hari ni result kuar nusre bagitahu sangkut. Isnin kena BSP dah. Ibu2 ada,sangkut GDM tak? 13 weeks. Sebelum minum 5.0 Selepas minum 8.0

Sangkut GDM sudah
40 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya kongsikan pengalaman saya sangkut GDM,masa pregy anak sulung. 10 malam dah start puasa. besok tu pi minum air gula. Skali dpt result,nurse kata sangkut. bermulalah episod BSP 1 hari 4 kali. jenuh kau 😅. setiap bulan buat BSP, result okey je. antaran 4 hingga 6. tak pernah naik. tak ada pun makan ubat/insulin. sampailah kandungan saya 7 bulan,kali ke 3 jumpa docter pakar,docter tengok result BSP cantik je. dia tanya,mcm mana boleh sangkut masa minum air gula. sebelum puasa jam 10 malam ada ambil makanan dan minuman apa? saya pun cerita lah,yg saya pi beraya,boleh dikatakan semua rumah dihidangkan air gas. saya pun minum air gas tu 😅. dicter tanya,sedap tak? saya pun cakap lah sedap 😂. dan docter terangkan,setengah cawan kecil air gas yg kita minum,kita perlukan 1 botol besar air putih untuk hilangkan gula dlm darah. bayangkan kalau dah bercawan² kita minum? sungguh no,masa tu mmg tak ada ilmu langsung. yelah,zaman² tu tak aktif sangat dgn sosmed. kesian aku 😂. astu docter pakar tu buat surat dah suruh saya bagi pada kk tempat saya checkup setiap bulan. tiba hari yg dinanti,nurse baca surat tu dah dia bagi tau yg saya tak perlu lagi buat BSP. Ya Allah,seronok sangat rasanya 😂. kandungan ke dua dan ke tiga, Alhamdulillah minum air gula tak ada sangkut. tapi kena jaga makan jugak ni,takut berat naik banyak kang kena minum air gula lagi..semoga Allah permudahkan segala urusan kita ye ibu².. Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻❤️

Baca lagi