Sangkut GDM

Hari ni saya minum air gula, sangkut GDM. Sedih rasa, 20/2 kena buat bsp. Harap2 bacaan cantik, ada tips tak?

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy tak pernah ada pengalaman. Tapi sy boleh tlg jawab cara control gdm sebab mak sy ada diabetes. 1. Control portion makan dan cut off sugar terus. Makan ikut sukatan suku suku separuh. (Nasi suku, Protein suku, Sayur atau buah separuh). 2. Elakkan minum dan makan benda manis. Minum air kosong, teh o kosong & kopi o kosong saja. Zero sugar. Penganti gula seperti lakanto, stevia dll. tidak bagus dan sebenarnya akan naikkan lagi bacaan gula. Jgn tertipu dgn produk penganti gula konon tak akan naikkan bacaan gula. Just go ZERO SUGAR. 3. Kalau memasak pun, tak payah letak gula. Cukup sekadar garam ja. Dalam masakan juga jgn letak kicap, sos-sos semua. Sebab semua tu ada gula. Kalau nak sos dan kicap juga. Boleh rajinkan diri survey di kedai dan tgk kalau ada gula dlm bahan2 dia. Paling bagus buat kicap dan sos sendiri. Lagi bgus sebab boleh buat tanpa letak gula. 4. Elakkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras dan apa2 jenis tepung lah. Semua tu naikkan bacaan gula juga. Tepung mesra diabetes cuma ada dua je. 1. Tepung Almond 2. Tepung Kelapa Kalau sis nak, boleh join group KELAB PESAKIT DIABETES/KENCING MANIS di facebook ☺️ Admin dia bagi nasihat yg bgus tapi strict. Tiada penjual supplement dlm group tu. Jadi tidak lah annoying. Kalau hati tisu jgn join lah. Tapi sumpah bagus. Siap ada suggestions kudapan mesra diabetes lagi dari admin. 😆Ada juga ibu gdm yg join di situ. https://www.facebook.com/groups/848023719453332/?ref=share&mibextid=NSMWBT

Baca lagi

sama lh sy pon sangkut ya allah rasa sedih and down sgt ii. takut lps bersalin gdm tuu kekal,tapi ada doc kata ramai je yg sangkut time pregnant. just jaga mkn and cut terus gula. sayur tuu kena lebihkn drpd nasi. sy minum air lemon and air masak jee skrng, masa buat bps alhamdullilah ok. tapi tuu lh tetap down jgk

Baca lagi

Hai maaf nak tanya, biasanya gdm ni boleh ada melalui apa ye

12mo ago

GDM ni kencing manis semasa mengandung.. disebabkan oleh hormon, atau tidak menjaga pemakanan atau ada keturunan dlm keluarga yg ada penyakit kencing manis..