saya nak tanya bulan puasa nanti ibu² berpuasa tak ? sebab sy skrg da 19w .. risau plak ase

puasa di bulan ramadhan

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

part 2: Semalam saya bagi nasihat kepada patients saya berbuka puasa sebab mereka ada masalah kehamilan dan saya nasihatkan mereka berbuka puasa untuk kesihatan diri sendiri dan kesihatan bayi di dalam kandungan, walaupun mereka kata mereka masih ada daya kekuatan untuk terus berpuasa. Tetapi ada beberapa netizen buat komen memberi pendapat sendiri. Saya mohon anda semua JANGAN memberi pendapat diri sendiri di laman saya tanpa merujuk kepada Fatwa, dan saya terpaksa delete anda yang membuat komen yang memberi nasihat yang tidak betul. Wanita hamil pun WAJIB berpuasa tetapi diharuskan membuka puasa jika bimbang kesihatan diri sendiri dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jika berbuka puasa sebab bimbang tentang kesihatan anaknya sahaja maka diharuskan buka puasa tetapi Wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan kena bayar fidyah. Siapa yang memandai-mandai kata semua wanita hamil tak payah puasa , saya delete komen anda. Bacalah balik keterangan mufti. Wajib berpuasa kecuali jika bimbang tentang kesihatan diri sendiri atau kesihatan anak. Saya tak pernah pun memberi nasihat yang am kata semua wanita hamil tak payah berpuasa. Untuk semua patients ibu hamil saya, saya akan membuat pemeriksaan dan penilaian kesihatan INDIVIDU sebelum saya beri nasihat boleh berpuasa atau tidak. Ada ibu hamil patients saya yang boleh berpuasa dan ada ibu hamil patients saya yang saya nasihatkan jangan berpuasa. Siapa yang memandai-mandai kata tak payah menggantikan puasa, boleh memilih-milih nak bayar fidyah saja, maka saya juga delete komen anda. Rujuklah kepada mufti, jangan beri pendapat sendiri. Jika Fatwa setiap negeri berlainan, anda ikutlah negeri masing-masing tetapi janganlah jadi makcik bawang yang suka buat palatau memberi pendapat sendiri di laman saya. Saya sertakan rujukan mufti Wilayah Persekutuan di sini. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1868-al-kafi-434-hukum-perempuan-hamil-berpuasa Untuk ilmu pengetahuan anda semua, wanita hamil yang ada GDM on diet atau ubat metformin yang tidak boleh mengawal bacaan gula di dalam darah selepas berbuka puasa, apa akan jadi bila berbuka puasa ialah bacaan gula yang mencanak naik terlalu tinggi dan ini membahayakan kesihatan anak di dalam kandungan walaupun anda rasa anda tiada masalah berpuasa dan diri anda rasa OK. Kalau boleh control bacaan gula selepas berbuka puasa maka saya membenarkan patient saya berpuasa. Kalau bacaan gula di dalam darah naik terlalu tinggi, saya nasihatkan jangan berpuasa, ganti puasa pada hari yang lain DAN bayar fidyah. Untuk patients saya yang terpaksa ambil ubat insulin, saya bukan hanya bimbang bila buka puasa gula mereka juga naik terlalu tinggi dan perlukan dos insulin yang lebih tinggi supaya tidak memudaratkan anak di dalam kandungan, saya juga bimbang ibu boleh dapat hypo bila berpuasa dengan suntikan insulin dan gula di dalam darah ibu menjadi terlalu rendah yang boleh membahayakan ibu. Bacaan gula di dalam darah mereka boleh naik-turun-naik-turun macam YOYO dan ini boleh memudaratkan kehamilan. Ini semua perlukan perbincangan dengan doktor anda sendiri jika anda boleh berpuasa. Jangan tanya saya sebab saya bukan doktor anda. Pi jumpa doktor anda sendiri untuk penilaian kesihatan anda dan anak di dalam kandungan. Jika anda nak baca ulasan saya tentang berpuasa semasa hamil, boleh baca di sini: https://www.facebook.com/679746658/posts/10154619862696659/?d=n Kalau hangpa takmau ikut nasihat untuk diri sendiri itu atas diri masing-masing, tetapi jangan beri nasihat yang salah kepada orang lain di laman saya. Apa yang anda nak ikut untuk diri sendiri, itu terpulang kepada anda, tetapi jangan beri nasihat yang tidak betul di laman saya. Saya pantang penyebaran auta di laman saya. Bila followers dah 586K, jadi saya ada tanggungjawab membetulkan apa yang tidak betul atau saya terpaksa tutup public komen. Kadang-kadang saya terpaksa tutup public komen dan membenarkan hanya sahabat FB awesome memberi komen. Platform saya tidak boleh dipergunakan untuk penyebaran mitos, auta atau khurafat. Gunakanlah media sosial dengan tanggungjawab, untuk kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Jangan gunakan media sosial untuk memudaratkan orang lain. Terimakasih. Dr Imelda Balchin

Baca lagi
12mo ago

Saya sokong