kebocoran protien semasa hamil

Post panjang, tp demi ilmu, BACALAH! Utk semua wanita. Utk semua lelaki yg ada wanita disisi mereka. Mengandung dan penyakit buah pinggang. Mengandung adalah satu rahmat yg biasanya sgt ditunggu tunggu oleh wanita yg berumah tangga. Biarlah satu, dua atau lima sekali pun kebanyakan ibu dan bakal ibu akan tetap mempunyai perasaan yg sgt berbeza dan mengujakan. ?? Apa kaitan dgn buah pinggang???? Malangnya ramai tidak mengetahui yg proses kehamilan memberi kesan besar pada buah pinggang pada wanita, samada wanita itu sihat mahupun mempunyai penyakit2 kronik. Apabila wanita itu mengandung, buah pinggang akan megalami perubahan fisiologi sebagai persediaan utk buah pinggang bekerja lebih keras dari normal. Maklumlah, utk menampung nyawa 2 org dlm satu jasad bukannya mudah. Saiz buah pinggang wanita mengandung akan membesar lebih kurang 1cm, saluran air kencing akan mengembang dan tekanan darah akan berubah dan akan berlaku kebocoran protein dalam air kencing!! ? Proses kompleks ini wajib berlaku pada semua wanita yg mendambakan kelahiran seorang bayi comel dari rahimnya. Proses ini akan berlanjutan selama 9 bulan dan akan berterusan sehingga 1 bulan selepas kelahiran sebelum pulih sepenuhnya perlahan-lahan ke aras normal sebelum mengandung. Jadi melalui pengetahuan ini, mmg kadang2 akan ada doktor mengatakan anda mengalami kebocoran protein , dan ini tidak bermaksud anda ada penyakit buah pinggang. Kebocoran protein ini akan dipantau bersama2 dgn tekanan darah, dan tumbesaran kandungan wanita hamil tersebut. Kebocoran protein ini akan pulih apabila kelahiran berlaku. Jadi tidak perlulah mengambil apa2 produk, vitamin atau supplemen kerana ini adalah proses semulajadi ciptaan Allah. Cukuplah dgn mematuhi rawatan dan temujanji berkala dgn doktor sepanjang proses kehamilan anda. ?? Tapi, utk wanita2 yg saya nyatakan ini hati2lah merancang proses kehamilan anda. Jika ada ada kencing manis/ diabetes, darah tinggi dan paling membimbangkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), janganlah amalkan cara hidup wanita normal sekiranya anda mengandung. ?? 1. Jika anda ada diabetes, sebelum atau ketika kehamilan, kandungan gula yg tinggi akan mengakibatkan bayi anda membesar lebih dari saiz sepatutnya dan meningkatkan risiko komplikasi semasa melahirkan. Bayi anda juga akan menghadapi risiko kekurangan gula atau hipoglisemia jika kandungan gula ibu tunggang terbalik semasa mengandung. ?? Paling teruk lg, risiko kebocoran protein meningkat dgn keadaan kandungan gula yg tinggi ini. Dan ini akan merosakkan buah pinggang secara perlahan-lahan.? Ketahuilah kerosakan buah pinggang disebabkan oleh diabetes adalah pembunuh senyap yg tidak pulih sepenuhnya dan memberi kesan jangka panjang yg buruk kepada ibu2. Rawatlah diabetes dgn baik, ikutlah nasihat doktor2 anda!! 2. Jika anda ada darah tinggi, samada sebelum atau didiagnos semasa kehamilan, lagi bahaya!! ? Kerosakan buah pinggang dgn penyakit ini lebih pantas dan sgt memberi impak kepada ibu dan bayi. Ibu boleh sawan, stroke, dan saiz anak boleh menjadi kecil dari normal dan paling membimbangkan kematian dlm rahim. ?? Kelahiran perlu dilakukan segera tidak kiralah cukup bulan ataupun tidak utk menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Dari sudut buah pinggang, mereka boleh menjadi pesakit buah pinggang kronik dan mendedahkan mereka kepada risiko memerlukan dialisis pada masa depan. 3. Paling menyedihkan kalau wanita mengandung ini ada CKD. Jika ada CKD 1-2, risiko penyakit hampir sama dgn wanita normal yg mengandung kecuali jika wanita ini ada darah tinggi atau diabetes. Tetapi, jika wanita ini ada CKD 3 ke atas, kami pakar buah pinggang akan mula tidak senang duduk. ?? Kenapa? Kerana wanita2 dgn masalah ini akan melompat jurang yg sgt dlm bila disahkan mengandung. Risiko kerosakan buah pinggang akan meningkat dan sudah hampir pasti mengakibatkan kegagalan buah pinggang apabila kehamilan diteruskan!! Tekanan darah akan menjadi sukar dikawal, dan bacaan buah pinggang akan meningkat dan ini tidak bagus utk ibu dan bayi. Ada keadaan di mana kami perlu pilih antara nyawa ibu dan bayi apabila kerosakan ini semakin tidak terkawal. Namun, tahukah anda IBU perlu diutamakan dahulu sekiranya berlaku komplikasi kehamilan. Maka akan ada diskusi menggugur kandungan dan sebagainya yg sgt memeritkan kami pakar2 utk membuat keputusan. Banyak ibu2 akan memilih utk bertarung nyawa dan meneruskan kehamilan dgn memperjudikan buah pinggang mereka. Mereka lebih rela melalui jerih dialisis daripada menghentikan kehamilan mereka. Biar ku renang lautan api katanya... ?? Malangnya ibu2 ini tidak tahu mereka tidak akan keluar dr lautan api itu walaupun kelahiran bayi itu berjaya. Mereka akan buat dialisis seumur hidup mereka.. melainkan ada penderma sanggup menderma buah pinggang mereka. ??? Itu kalau mereka berjaya melahirkan, namun kajian memnjukkan sebaliknya. Kebanyakan bayi akan meninggal dlm rahim, ataupun lahir tidak cukup bulan yg kebanyakannya tidak berjaya hidup juga!! ?? Sudah jatuh ditimpa tangga lagi... Oleh itu, rancang kehamilan anda dgn sempurna, berbincang dgn pakar anda... dan paling baik sekali jgnlah jd pesakit buah pinggang utk mengelakkan risiko2 ini. Lepas melahirkan juga, tak perlulah jamu2 kerana kesan jamu tidak diketahui dgn baik dlm jangka masa pjg. Jgn rosakkan buah pinggang kerana ikut kata org... Jalani cara hidup sihat kerana ini akan memberi kesan jangka panjang yg baik dan berterusan. Berdoalah semua wanita diberi kekuatan dan kesabaran. Sesungguhnya tangan yg menngayun buaian pastinya boleh menggoncang dunia. Saya juga wanita dan Ibu. Saya faham perasaan anda! #sayasayangbuahpinggang #sayasayangpesakitsaya Dr Fadh Pakar Buah Pinggang

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Takut pula baca artikel ni..🙁

VIP Member

Good info 👍👍