Diana Philip profile icon
PlatinumPlatinum

Diana Philip, Malaysia

Kontributor

About Diana Philip

mom to be

My Orders
Posts(54)
Replies(2820)
Articles(0)

DR IMELDA BALCHIN "BERPUASA KETIKA HAMIL"

Berpuasa semasa hamil. Ada sebabnya kenapa Allah tidak mewajibkan ibu yang hamil ataupun ibu menyusu berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika hendak berpuasa. Ini terpulang kepada ibu masing-masing, tetapi saya galakkan ibu hamil yang hendak berpuasa bertanya dahulu kepada pegawai/pakar perubatan sebelum berpuasa. ---------------------------------------------- Apakah perubahan physiology badan wanita apabila hamil? 1) Pertama sekali, pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oxygen dan khasiat kepada janin. Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu berkerja bila hamil. 2) Untuk membenarkan darah sampai ke rahim dan uri tanpa sebarang halangan, tekanan darah ibu menjadi lebih rendah semasa hamil. Inilah normal untuk kehamilan bahawa tekanan darah ibu akan turun pada 20 minggu pertama kehamilan. Tekanan darah yang rendah ini boleh menyebabkan setengah ibu hamil merasa nak pitam-pitam sedikit bila tiba-tiba berdiri atau bila berdiri dengan lama. Selain dari itu, jumlah darah ibu perlu meningkat lebih dari 1.5 Litre semasa hamil untuk menyampaikan cukup pengaliran darah ke rahim ibu yang membesar dengan cepat. 3) Jantung ibu hamil berkerja dengan lebih kuat lagi dari wanita yang tidak hamil, walaupun semasa rehat, dan ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu kegersangan akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi. 4) Untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan selepas uri lekang daripada dinding rahim selepas bersalin, darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bila dibandingkan dengan sebelum hamil. Hormon kehamilan ibu semasa hamil merangsabkan hati (liver) membuat lebih protin yang memekatkan darah, dan inilah caranya Allah melindungi ibu bersalin dari pertumpahan darah yang teruk dan berlebihan semasa dan selepas bersalin. Tetapi, kepekatan darah yang lebih tinggi semasa hamil ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) sebanyak 6 kali ganda. VTE berlaku kepada 1-2 per 1000 ibu hamil dan boleh membahayakan nyawa ibu. Risiko ini bertambah tinggi lagi jika badan mengalami kegersangan akibat tidak minum atau muntah-muntah yang berterusan, jika pernah mendapat masalah VTE, jika mempunyai berat badan yang berlebihan, jika manaiki kapalterbang perjalanan jauh selama lebih daripada 4 jam, jika usia lebih daripada 35 tahun, jika demam disebabkan jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik, dan selepas baru bersalin 42 hari. 5) Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, dan bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan. 6) Apabila rahim semakin membesar, terdapat tekanan dari bawah yang menolak perut ibu ke atas. Tekanan ini menyebabkan ibu hamil tidak boleh makan banyak-banyak. Ramai yang mendapat kepedihan ulu hati (heartburn) terutama selepas makan, dan muntah kembali. Ibu yang mengalami masalah ini hanya boleh makan sedikit-sedikit tetapi hendaklah makan dengan lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup. 7) Untuk membekalkan khasiat kepada janin, hormon progesterone yang dikeluarkan daripada uri akan memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus (reduced motility), supaya lebih banyak khasiat dan air boleh diserap dari usus ke dalam darah ibu, sebelum yang baki itu keluar sebagai najis. Bila dibandingkan dengan wanita yang tidak hamil, pergerakan di dalam usus mengambil masa yang lebih lama, dan itulah yang menyebabkan najis yang lebih keras dan masalah sembelit yang lebih kerap dihadapi oleh ibu yang hamil. Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya. Disebabkan 7 perkara di atas, saya selalu menggalakkan ibu yang hamil supaya minum secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (terutamanya jika masalah sembelit atau ada risiko VTE seperti di atas), kurangkan pemakanan setiap kali makan tetapi memakan dengan lebih kerap, dan jangan makan sebelum tidur untuk mengelakkan heartburn. ----------------------------------------------- Tidak ada banyak kajian perubatan yang menilai kesihatan ibu hamil dan janin selepas sebulan berpuasa dengan lengkap. Kebanyakan ibu yang hamil tidak berpuasa. Ada kajian dari luar negara (USA dan UK) yang hanya menggunakan maklumat banci negara. Ia menunjukkan jika Ibu hamil itu seorang Islam, hamil ketika bulan puasa, ia mendapati anak yang dilahirkan adalah lebih kecil dan mempunyai lebih masalah persekolahan apabila besar. Kajian ini bukanlah yang berpiawai tinggi sebab ia hanya mengira bilakah anak yang Islam itu dilahirkan dan membuat andaian yang semua ibu hamil yang Islam itu berpuasa. Sedangkan ibu Islam di negara barat, kebanyakannya berasal dari Pakistan dan Bangladesh, dan anak mereka memanglah selalunya lebih kecil lagi jika dibandingkan dengan orang Puteh, kerana sifat keturunan mereka. Lagipun, ramai anak mereka tidak fasih berbahasa Inggeris di sekolah dan akan ada lebih masalah persekolahan dan masalah pencapaian akademik di peringkat permulaan. Kajian yang berat sebelah macam ini boleh kita abaikan keputusannya. Tidak ada kajian yang berpiawai tinggi. Tidak ada randomized controlled trial. Kajian yang berkualiti sederhana pula menunjukkan tidak ada kesan negative terhadap kesihatan bila ibu hamil berpuasa bila dinilai saiz anak ketika lahir. Tetapi bila dikaji saiz uri ibu yang berpuasa, ia lebih kecil dari yang sepatutnya bila dibandingkan dengan uri ibu yang tidak berpuasa. Jika ibu hamil berpuasa pada musim panas di negara barat, yang waktu siang lebih panjang dan masa puasa yang lebih lama, kita mula melihat bukti yang pembesaran janin terganggu. Ada juga dua kajian yang menunjukkan ada kesan terhadap pembesaran janin jika ibu berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan. ------------------------------------------------ Justeru itu, Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan jika pergerakan janin masih juga berkurangan selepas berbuka puasa, ibu dinasihatkan ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai kesihatan dan pembesaran janin. Ibu hamil yang tidak sepatutnya berpuasa: 1) Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester) terutama sekali jika loya, tak boleh makan, tak boleh minum secukupnya atau muntah-muntah. 2) Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi, terutama sekali ibu yang perlukan suntikan ubat untuk mencairkan darah. 3) Ibu yang demam, tidak sihat dan perlukan rawatan antibiotik. 4) Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung. 5) Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan insulin) 6) Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran 7) Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin. 8)Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat. Sila lihat gambar terakhir. Ini menunjukkan perbandingan kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak berpuasa dan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Paras gula yang naik turun tak terkawal ini untuk sebulan jika hamil boleh menjejaskan kesihatan janin, meningkatkan risiko pre-eclampsia, kelahiran pramatang dan pembedahan Caesar. Bagi ibu yang mempunyai GDM (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja) yang boleh dikawal melalui penjagaan pemakanan dan bersenam, tanpa memerlukan rawatan metformin atau insulin, boleh berpuasa jika boleh terus mengawal bacaan gula di dalam darah pada bulan puasa. Masalahnya bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi melambung selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. Saya syorkan mengambil bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa, sebelum sahur, dan dua jam selepas sahur. Jika dua jam selepas makan, bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat metformin. Tetapi jika bacaan masih tinggi juga selepas menerima rawatan metformin, lebih baik tidak berpuasa dan kawal semula pemakanan seperti sebelum bulan puasa supaya tidak perlu mengambil rawatan insulin untuk mengawal gula yang terlalu tinggi selepas berbuka puasa. Selamat menyambut bulan Ramadan. Yang tak boleh berpuasa pun boleh beribadah seperti yang berpuasa. Allah yang maha mengasihi. Ada sebabnya ibu yang hamil atau menyusu tidak semua diwajibkan berpuasa. Setiap ibu adalah berlainan, setiap janin di dalam kandungan adalah berlainan dan setiap kehamilan juga adalah berlainan untuk ibu-ibu yang sama. Jangan membuat perbandingan diri sendiri dengan ibu hamil yang lain. Buatlah apa yang terbaik untuk anda dan anak di dalam kandungan. TAK payah bandingkan diri dengan orang lain. Jangan kata kenapa saya boleh buat orang lain tak boleh buat dan jangan kata kenapa saya tak boleh buat orang lain boleh buat. Untuk semua soalan perubatan peribadi anda, saya MOHON anda JANGAN tanya di bahagian komen di sini dan jangan PM saya di FB messenger. Saya mohon anda semua pergi ke klinik dan tanya doktor yang memeriksa anda dan menilai kesihatan janin anda di dalam kandungan, bukan tanya doktor yang tidak tahu tentang kesihatan keseluruhan anda bersama janin anda dan tidak langsung melihat anda. Hargailah kesihatan anda dan anak di dalam kandungan dan jangan minta pendapat orang lain yang TIDAK dipertanggungjawabkan untuk perubatan anda secara rasmi. Pesakit tidak patut memberi nasihat perubatan kepada pesakit yang lain sebab tidak boleh membuat andaian bahawa pesakit lain ada risiko yang sama dan komplikasi yang sama. Terimakasih. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Subspecialist Maternal & Fetal Medicine Maternal Medicine ialah masalah perubatan ibu yang hamil. Pakar maternal medicine ialah pakar kehamilan berisiko tinggi. Fetal medicine ialah masalah kesihatan janin di dalam kandungan. Pakar Fetal Medicine ialah pakar tentang masalah kesihatan dan masalah pembentukan atau kecacatan janin yang memantau kesihatan janin sebelum dan semasa bersalin.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

10 petua banyakkan susu badan dengan mudah!

CC* COPY & PASTE FROM ORIGINAL OWNER. 1. Kerapkan Menyusu Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 – 5 jam. . 2. Jangan tunggu payu dara penuh. Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. . 3. Menyusu Lebih Lama. Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. . 4. Penyusuan Dua kali. Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu. . 5. Bogelkan Bayi Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu. . 6. Penyusuan Malam. Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu. . 7. Penyusuan Baby Sling. Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik. . 8. Fikir Bayi, Fikir Susu Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. . 9. Urutan. Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. . 10. Minum Air. Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. mahu cara lebih mudah untuk tambah susu? Yang ni ramai ibu tak percaya, Buat amalan minum sesudu minyak kelapa dara ibu pagi dan malam, insyaallah boleh membantu. Semoga bermanfaat dan dapat membantu para ibu di luar sana ?

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

Dr IMELDA BALCHIN "Ramai netizen tanya apakah Cervical Insufficiency"

Inilah pangkal rahim yang lemah dan tidak dapat menampung kehamilan selepas 15 minggu kehamilan bila rahim ibu bersama kandungannya menjadi bertambah berat. Pangkal rahim yang TAK kuat TIDAK menyebabkan keguguran pada 3 bulan pertama kehamilan. Keguguran yang disebabkan cervical insufficiency hanya berlaku selepas 15 minggu kehamilan. Alhamdullillah, dengan izin Allah, melalui usaha amalan evidence-based medicine, mengikut perubatan yang sudah terbukti berkesan dari kajian-kajian perubatan antarabangsa, saya sudah berjaya membantu ramai ibu-ibu bersalin anak yang matang, setelah berkali-kali ibu-ibu ini kehilangan anak-anak sebab terberanak terlalu pramatang. Usaha dan ikhtiar itu mesti lah dengan kaedah yang terbukti berkesan. Walaupun saya dah buat rescue prosedur ini banyak kali, dan semuanya sudah berjaya, saya masih lagi rasa sangat berdebar-debar setiap kali dan saya sentiasa mendoakan ibu-ibu bersalin anak yang sihat. Berusaha dan bertawakal. Insyallah. Kita tak boleh terlalu yakin, setelah berusaha mesti juga bertawakal. Alhamdullilah semua baby dilahirkan sihat-sihat. Mengurangkan risiko keguguran pada pertengahan kehamilan (midtrimester loss) dan kelahiran yang tersangat pramatang (extreme prematurity). Kebanyakan keguguran pada 3 bulan pertama tidak boleh dielakkan. Ini kerana lebih dari 70% adalah disebabkan oleh BAKA benih yang telah mengalami kerosakan sebelum persenyawaan. Di antara yang kerap gugur pada 3 bulan pertama dengan sendirinya termasuklah Downs Syndrome, Edwards Syndrome, Patau Syndrome, Turner Syndrome, Triploidy dan banyak lagi masalah kerosakan genetik lain yang hanya terjadi kepada benih yang dipersenyawakan. Jadi jangan salahkan apa ibu makan atau apa ibu buat. ‘Stress’ tidak menyebabkan keguguran ini. Dan tidak ada istilah ‘rahim tak kuat’ pada 3 bulan pertama kehamilan. Jangan percaya cakap penjual produk. ——————————————————————— Bila sampai ke 4-5 bulan, ada beberapa punca keguguran yang berlainan. 1) Ada janin mengalami kecacatan yang teruk dan akan gugur. 2) Ada yang gugur sebab jangkitan kuman atau parasite seperti contoh salmonella dari telur mentah/ telur separuh masak atau ayam tak masak, toxoplasma, demam campak measles, demam campak Jerman Rubella, demam denggi berdarah (Congenital infection) 3) Ada keguguran disebabkan masalah perubatan ibu yang tidak terkawal seperti kencing manis yang tidak terkawal, penyakit autoimmune yang tidak terkawal, penyakit lemah jantung yang serious. 4) Ada yang gugur sebab kehamilan kembar, terutamanya bila kembar tiga, kembar empat lima enam (Higher order multiple pregnancy) 5) Ada yang gugur sebab pangkal rahim yang lemah. Ini lah CERVICAL INSUFFICIENCY. Jika kehilangan berlaku apabila berat bayi sudah mencapai 500g atau 22 minggu kehamilan (iaitu lebih daripada 5 bulan), inilah kelahiran yang tersangat pramatang dan bukan lagi digelar keguguran, sebab bayi ada peluang untuk hidup, walaupun hanya sebentar. ———————————————————————- Kelahiran sebelum 37 minggu ialah pramatang yang berlaku kepada 7%-10% kehamilan bayi tunggal (singleton). Kelahiran sangat pramatang ialah sebelum 32 minggu dan ini berlaku kepada 1-2% kehamilan yang tunggal. Mereka memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi (Neonatal Intensive Care Unit). Kelahiran yang tersangat pramatang yang berisiko tinggi kematian ialah sebelum 28 minggu. Jika anda pernah melahirkan anak yang matang, risiko anda melahirkan anak pramatang pada kehamilan masa hadapan dikurangkan kepada 5%. Jika anda pernah melahirkan anak pramatang, risiko ini berulang pada kehamilan yang berikut akan naik kepada 20%. Risiko ini menjadi lebih tinggi lagi (27%), jika kelahiran pramatang yang berlaku itu terjadi sebelum 28 minggu kehamilan. Jika anda pernah melahirkan anak pramatang sebanyak dua kali, risiko ini berulang pada kehamilan yang ketiga akan naik kepada 40%. Risiko ini menjadi 57% jika kedua-dua kelahiran itu pernah berlaku sebelum 28 minggu. ——————————————————————- Hari ini kita tumpukan perhatian kepada cervical insufficiency. Terimakasih banyak-banyak kepada ibu ini kerana memberikan kebenaran untuk menggunakan kisahnya dan gambar ultrasound cervixnya untuk pendidikan. Ibu ini dibawa oleh pegawai perubatan untuk bertemu dengan saya di klinik High risk pregnancy saya pada 12 minggu, kehamilan yang ketiga. Kedua suami isteri ini sangat risau dan bercerita kepada saya mereka pernah mengalami keguguran pada pertengahan kehamilan (midtrimester loss) sebanyak dua kali. Kali pertama, air ketuban pecah pada 18 minggu kehamilan, dan kemudian gugur. Kali kedua, keguguran berlaku pada 21 minggu. Untuk penilaian peringkat awal, saya memastikan yang ibu ini tidak ada masalah perubatan, dan seorang wanita yang sihat dan tidak ada masalah jangkitan penyakit. Untuk penilaian peringkat kedua, saya memastikan tidak ada masalah kecacatan janin dengan Ultrasound scan pada 12 minggu kehamilan. Untuk penilaian peringkat ketiga, saya membuat ultrasound vagina di bawah (Transvaginal Ultrasound) untuk memastikan yang pangkal rahimnya (cervix) normal dan ukurannya 4cm dari bahagian dalam (internal os) ke bahagian luar (external os). Saya juga memastikan yang internal os benar-benar tertutup. Lihat gambar satu. Pada 12 minggu, cervix ibu ini normal. Inilah rupanya cervix yang normal, bentuk yang normal dan panjang, tertutup dari dalam ke luar untuk melindungi janin di dalam kantungnya. Kita lihat bayi di dalam kantung di atas internal os yang tertutup. (Di dalam scan, air berwarna hitam, tissue isi badan yang lebih padat berwarna kelabu, tulang yang sangat padat berwarna putih) Kerana ibu ini berisiko tinggi untuk keguguran di pertengahan kehamilan atau kelahiran tersangat pramatang sebanyak 57%, saya membuat keputusan memberi rawatan yang terbukti untuk mengurangkan risiko ini. Rawatan yang saya berikan ialah micronised progesterone berdose tinggi setiap hari yang boleh mengurangkan risikonya sebanyak 32%. Walaupun tidak boleh mencegah kelahiran pramatang 100%, ia juga terbukti mengurangkan masalah pramatang jika bayi masih juga dilahirkan pramatang. Saya bawa ibu ini kembali ke klinik saya pada 16 minggu kehamilan untuk memantau cervix (cervical assessment) dengan transvaginal Ultrasound. Tetapi kali ini, walaupun ibu ini telah mengambil rawatan, saya lihat ada perubahan yang sangat membimbangkan. Lihat gambar 2. Kita sudah tahu yang pada kehamilannya yang pertama air ketubannya pecah dan keguguran berlaku pada 18 minggu. Untuk kehamilan ini pula, dari 16 minggu saya lihat ukuran cervixnya sudah mula menjadi pendek ke 2.4cm (pada 12 minggu ukurannya 4cm), internal os nya terbuka luas, external os juga terbuka, dan yang lebih membimbangkan ialah jelas kelihatan kantung yang mengandungi air ketuban sudah turun ke bahagian external os. Sekarang ibu ini disahkan mempunyai cervical insufficiency, atau kelemahan di pangkal rahim yang tidak dapat menampung kehamilan ini. Sebab cervixnya pendek (kurang daripada 2.5cm), dan juga terbuka, risiko menjadi lebih tinggi untuk kelahiran pramatang atau keguguran di pertengahan kehamilan. Ketahuilah peranan cervix ialah menutup pangkal rahim untuk memberikan perlindungan dari kemasukan kuman bakteria ke dalam kantung bayi. Jika cervix terbuka dan kantung turun ke bahagian vagina atau faraj, inilah dinamakan ‘bulging membranes’ dan ia terdedah kepada jangkitan bakteria di dalam faraj. Ketahuilah yang faraj atau vagina wanita yang sihat memang ada banyak jenis bakteria yang seimbang dan tidak boleh dicuci atau dihapuskan. Keseimbangan bakteria ini penting, ada bakteria kawan dan ada bakteria lawan. Meruang boleh mengakibatkan lebih masalah jangkitan bakteria lawan dan jangkitan penyakit kepada wanita. Apa yang boleh menyebabkan air ketuban pecah dan keguguran ialah pendedahan kantung kepada bakteria di dalam faraj. Lihat gambar 3: Sekarang Plan B. Saya membuat keputusan membawa ibu ini masuk ke operating theatre pada hari yang berikut, untuk menolak masuk kantung yang mengandungi air ketuban itu kembali ke dalam internal os dan menutup cervix dengan kaedah Shirodkar Cerclage. Sekarang cervix yang tertutup dengan ketat seperti semulajadi memberikan perlindungan kepada janin di dalam kantungnya. AIR MANI TAK BOLEH MASUK, KEPUTIHAN TAK BOLEH MASUK. SEMUA BAYI BERSIH. Kami pantau pembesaran bayi dan kehamilan ini setiap dua minggu. Alhamdulillah sudah menghampiri 36 minggu. Minggu depan, insyallah, saya akan membuka jahitan Shirodkar Cerclage untuk membenarkan kelahiran yang normal. Birth plan yang saya sudah buat untuk ibu ini ialah menggalakkan perineal massage sebelum labour, suami sebagai peneman semasa labour dan bersalin, antibiotik semasa labour sebab ada bakteria GBS dalam faraj (didapati dalam pemeriksaan swab), ubat tahan sakit termasuk epidural jika ibu memintanya, tidak memecahkan air ketuban selagi progressnya normal, pemantauan denyutan nadi janin dengan CTG yang berterusan, bila cervix sudah buka penuh galakkan kedudukan yang tegak dengan menaikkan bahagian kepala katil, tidak membuat episiotomi jika tidak perlu, skin-to-skin, delayed cord clamping, active management of third stage untuk mencegah pertumpahan darah berlebihan, berikan suami peluang memotong tali pusat dan galakkan breastfeeding dimulakan dalam masa satu jam selepas bersalin. Ibu tak payah pun bawa birth plan ke wad bersalin. Tak payah telan VCO yang tidak terbukti berkesan, tak payah telan milo dengan mentega dan JANGAN TELAN TELUR MENTAH. Jangan beli ubat pelik-pelik dari penjual. Ini evidence-based medicine. Saya tak pakai testimonial punya. Marilah kita sama-sama doakan ibu dan bayi ini bersalin dengan selamat. Dr Imelda, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine.

Read more
Dr IMELDA BALCHIN   "Ramai netizen tanya apakah Cervical Insufficiency"
undefined profile icon
Write a reply

Tips Breastfeeding Yang Ramai Tak Perasan

mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi.  Setiap bayi yang dilahirkan tidak berupaya melindungi tubuhnya daripada sebarang penyakit . Susu ibu mengandungi beberapa elemen penting untuk melawan jangkitan kuman yang membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis penyakit.    TIPS PENYUSUAN    1) Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan. 2) Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex). 3) Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan. 4) Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump. 5) Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction) 6) Patuhi rutin mengepam setiap hari ( 3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg) Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi    3 PUNCA SUSU DROP DAN CARA MUDAH MENGATASINYA    1- Demand Sebenarnya nak berjaya menyusu ni senang je, sentiasa create demand setiap 2-3 jam sekali. Tak kisah kita pam atau direct feed. Tapi saya dah pam tak keluar susu pun?   ???? Apa yang perlu kita buat, teruskan je pam walaupun susu tak keluar. Kena konsisten. Result dia kita akan nampak lepas 2-3 hari nanti selalunya ada yg nampak result Selepas seminggu konsisten. 2- Emosi Ramai mommy yang tak perasan benda ni. Bila kita tengah stress, marah, sedih atau kecewa, memang susu takkan keluar. Kalau terlampau penat pun sama. So kita sebenarnya kena chill dulu sebelum mula bf atau pam susu. Ambil masa bertenang sekitar 2-3 minit sebelum mula aktiviti bf dan pam. Eloklah kita ambil air wudhu sebelum mula bf tu. Pastu waktu nak bf, pandang muka anak kita dgn penuh kasih sayang. Dan mulut tak henti zikir atau selawat. InsyaAllah berhasil... Cubalah. 3- Perancang Ha...yang ni saya rasa ramai lagi mommy yang tak tahu. Ikut info dari doktor, ada beberapa jenis perancang yang memang akan buat susu drop. Dan ada juga jenis perancang yg dibolehkan ambil waktu kita bf tanpa effect pengeluaran susu. So, mommy kena lah alert dan tanya pada doktor berkenaan ni. Bagitau je siap2 yang kita ni bf mommy. Nanti doktor akan suggest yang terbaik untuk kita. Semoga tips ini memberi manfaat buat ibu-ibu menyusu untuk pastikan penyusuan lebih lancar.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

DR IMELDA BALCHIN 'KENAPA CAESAR? '

Seorang makcik tanya, ”Kenapa zaman sekarang lebih ramai orang tak boleh beranak normal, kena buat Caesar? Zaman dulu lebih ramai je yang boleh beranak normal?” Saya jawab soalan makcik: Makcik, zaman dulu-dulu, memang lebih ramai ibu hamil bersalin secara normal bila dibandingkan dengan zaman sekarang, memang boleh beranak normal, bukan tak boleh makcik, tetapi di zaman dulu, ada lebih ramai kematian ibu bersalin, dan ada lebih ramai kelahiran bayi mati. Mai saya nak cerita. Saya bagi contoh kepada makcik. Saya pernah berjumpa dengan ramai ibu hamil yang datang ke klinik antenatal dan di dapati bayi di dalam kandungan sangat kecil, sudah hampir meninggal dunia, kerana uri yang tidak berfungsi dengan baik. Janin itu sudah tidak membesar, tiada air ketuban, tiada pergerakan janin, dan di dapati pengaliran darah di dalam tali pusat janin ke arah uri placenta sudah terganggu. Kita boleh lihat semua ini melalui imbasan Ultrasound scan dan Power Doppler. Kemudian saya tanya ibu, sudah berapa lama pergerakan bayi di dalam kandungan ni berkurangan dan tidak cergas seperti biasa? Ramai ibu yang mengandungkan janin yang ada masalah ini jawab sudah 2 minggu baby ni ‘slow’ saja tetapi mereka salah-sangka bahawa ini ialah satu kebiasaan bila nak dekat-dekat due date. Saya selalu bagi nasihat kepada ibu-ibu ini, buat apa lah, kami selalu bagi nasihat BERI PERHATIAN kepada pergerakan janin di dalam kandungan, jika tiada tindakan yang diambil jika baby menjadi ‘SLOW SAJA’? Ternyata ramai ibu-ibu hamil yang ada bayi di dalam kandungan yang tidak sihat pun perasan perubahan pergerakan janin tetapi tidak datang meminta bantuan. Ada yang bernasib baik sebab tidak terlambat, tetapi ada yang tidak bernasib baik sebab sudah terlambat dan janin sudah pun meninggal dunia. Untuk mereka yang belum terlambat, inilah ibu-ibu hamil yang saya akan bagi nasihat emergency Caesarean section untuk menyelamatkan bayi di dalam kandungan, dan bayi yang di keluarkan masih boleh hidup dan menjadi sihat semula sebab boleh bernafas oxygen dan boleh mendapat nutrisi selepas dilahirkan. Ramai ibu yang terima nasihat ini, dan Alhamdulillah ramai bayi diselamatkan dengan usaha ini. Tetapi Makcik, jika seorang ibu yang hamil itu datang ke hospital selepas bayi di dalam kandungan sudah berhenti bergerak dan di dapati bayi di dalam kandungan itu sudah pun meninggal dunia, maka sudah terlambatlah untuk membuat apa-apa tindakan untuk menyelamatkan nyawa bayi itu.....kan makcik...maka kami akan induce saja supaya ibu mendapat kelahiran yang normal untuk seorang bayi yang sudah pun tidak bernyawa ....betul tak makcik? Buat apa laaa nak buat Caesar jika baby tu dah mati, kan makcik, bersalinlah secara normal, kan makcik? Makcik kata: Ya, Ya, Ya. Makcik pandang kat arah dinding saja macam dok tengah berfikir panjang. Kemudian makcik kata lagi sekali, “Ya, Ya, Ya” Sila lihat dalam gambar, kenapa kehamilan kembar di pantau dengan lebih kerap melalui imbasan Ultrasound Scan. Sudah beberapa kali saya terpaksa membuat pembedahan Caesar pramatang untuk kehamilan kembar jika salah satu dari dua janin itu tidak membesar, dan perlu dikeluarkan untuk diselamatkan. Kemudian saya ceritakan tentang seorang ibu hamil dari Afrika yang pernah berjumpa saya di klinik. Beliau meminta pembedahan Caesar untuk janin di dalam kandungan yang sihat. Saya tanya beliau, kenapa nak Caesar? Beliau jawab sebab dulu beliau tidak mendengar nasihat doktor untuk pembedahan Caesar dan bayinya mati. Saya pun cari nota perubatan lama beliau dan rekod bersalin di Hospital yang sama dua tahun dulu untuk beliau. Saya jumpa rekod beliau yang lama. Didapati pada 33 minggu kehamilan, ukuran rahim beliau sangat kecil, maka dirujuk untuk Ultrasound scan untuk mengenalpasti jika ada masalah pembesaran janin. Keputusan Ultrasound scan mengesahkan janin sudah berhenti membesar, kurang air ketuban, dan pengaliran darah di dalam tali pusat janin ke arah uri placenta terganggu. Doktor di Hospital cadangkan pembedahan Caesar pramatang pada 33 minggu, tetapi beliau tidak setuju dan keluar dari Hospital untuk mencari ubat-ubat alternatif lain yang boleh membantu. Kemudian beliau datang semula ke Hospital pada 35 minggu kehamilan sebab janin di dalam kandungan sudah berhenti bergerak. Beliau terlambat. Bayi sudah mati, dan sekarang boleh lah bersalin secara normal. Beliau kata kepada saya, beliau menyesal, dan sekarang beliau mahukan pembedahan Caesar untuk anak yang kedua. Saya kata, nanti dulu, kali ini, masalah dulu tidak berulang. Kali ini, uri placenta berfungsi normal dan janin di dalam kandungan membesar dengan normal. Tak payah buat Caesar. Kita pantau dulu sehingga matang. Kemudian bersalinlah secara normal selagi tidak ada sebab untuk bersalin secara pembedahan Caesar. Kali ini, beliau mendengar nasihat, dan peluk saya ketat-ketat. Untuk pengetahuan makcik, dan Untuk pengetahuan anda semua, di beberapa negara miskin Afrika, kadar bersalin melalui pembedahan Caesar adalah paling rendah di dunia, iaitu kurang dari 10% Ibu-ibu hamil yang bersalin. Tetapi di negara-negara yang sama, kadar kematian ibu bersalin dan kadar kematian bayi yang baru lahir juga paling tinggi di dunia. Makcik diam saja. Ada banyak makcik nak fikirkan. Sekurang-kurangnya makcik dah dapat jawapan kepada soalan makcik.

Read more
DR IMELDA BALCHIN  'KENAPA CAESAR? '
undefined profile icon
Write a reply

CARA MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN

Sebenarnya kan.. ramai ibu melahirkan anak confuse bila mandi wajib/hadas selepas melahirkan anak. Istilah bagi kedua-dua mandi wajib/hadas selepas bersalin : • WILADAH – Mandi wajib selepas ibu itu selamat melahirkan anak. • NIFAS - Mandi wajib selepas kering darah nifas lepas tempoh berpantang selepas melahirkan anak. Setiap wanita yang baru keguguran atau lepas bersalin akan berada dalam keadaan wiladah (lepas melahirkan anak) dan dua keadaan akan berlaku selepas itu; sama ada si ibu itu tidak keluar darah atau keluar darah di antara 40 ke 60 hari. Setiap wanita WAJIB untuk mandi/hadas selepas salah satu keadaan ini. SOALAN : Jika ibu baru lepas melahirkan anak dan datang darah nifas, perlukah dia mandi dua kali ?? satu untuk wiladah dan satu lagi untuk nifas. Jawapannya adalah: tidak perlu! Mandi wajib selepas bersalin boleh dilakukan dengan salah satu daripada dua cara ini, bergantung kepada keadaan si ibu. • Jika ibu yang baru bersalin tidak keluar darah nifas, maka dia hanya perlu mandi wajib wiladah. • Jika ibu baru lepas bersalin dan datang darah nifas, dia perlu tunggu darah itu kering dan barulah mandi wiladah DAN nifas dalam SATU mandian (tidak perlu mandi dua kali). Menurut perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, ada 2 cara berniat untuk mereka yang mengalami wiladah serta nifas. • Menggabungkan dua niat dalam satu mandian. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas wiladah dan nifas.” Kemudian dia mandi. • Mandi dengan satu niat sahaja. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar.” Kemudian dia mandi. Cara mandi nifas selepas bersalin • Niat mandi hadas. • Membaca bismillah • Membasuh tangan • Membasuh kemaluan • Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan • Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan • Membasuh kaki . Mengambil wuduk. Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa. Moga bermanfaat..?

Read more
undefined profile icon
Write a reply

MAKANAN & MINUMAN BERPANTANG

? Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin :- Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Ikan tongkol - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Telur - gatal Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah Santan - sejuk dan angin ? Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:- ✅ Ikan haruan ✅ Ikan selar ✅ Ikan gelama ✅ Ikan merah ✅ Daging ✅ Sayur sawi ✅ Sayur carrot ✅ Sayur brokoli ✅ Buah oren manis ✅ Kismis ✅ Kurma ✅ Madu ✅ Habbatussauda' ✅ Susu kambing ✅ Halia ✅ Bawang putih ✅ Lada hitam ✅ Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng . ? Jenis Masakan Paling Disyorkan ; ? Sup ? Bakar ? Rebus ? Jenis Minuman Disyorkan ; ? Jus oren manis - bagus untuk luka ? Air milo panas ? Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin ? Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu ? Air rebusan kunyit Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun . ? Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana . ? Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber . ? Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas . "Selamat Berpantang" ? ✏️ Dah baca, sila Like/Share agar lebih ramai ibu2 dapat manfaat dari perkongsian ini.. Via Friends of Borneo #Tips #Perkongsian #Hamil #Berpantang Sarina Madiena

Read more
MAKANAN & MINUMAN BERPANTANG
undefined profile icon
Write a reply

Risiko Air Ketuban Yang Kurang Atau Berlebihan Pada Kandungan

Air ketuban atau ‘amniotic fluid’ ialah satu cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu. Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin. Antara sifatnya ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah. Air ini akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsi Antara fungsi air ketuban ialah ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Air ketuban juga bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya. Air ketuban juga boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu ibu hamil mengalami kontraksi. Selain itu, air ketuban yang terlalu berlebihan pula boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor. Risiko ketuban pecah mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan Caesarean bagi mengeluarkan bayi. Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Apabila ini berlaku, ibu hamil juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung. Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuk jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis). Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Sindrom aspirasi meconium pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya. Oleh itu, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan. Masalah Ketika Hamil Air Ketuban Kurang Masalah air ketuban kurang ini kerap dialami terutama bagi ibu yang melahirkan anak sulung. Selalunya masalah air ketuban ini jarang berlaku pada kehamilan akan datang. Walau bagaimanapun, ia mungkin dianggap perkara biasa justeru tidak ramai mengetahui pentingnya air ketuban serta risiko yang dialami sekiranya kekurangan air ketuban. Kekurangan air ketuban dipanggil ‘oligohidramnios’. Kadar normal air ketuban ialah dari bacaan 0.5- 2.5 liter. Air ketuban kurang biasanya merujuk kepada masalah buah pinggang bayi atau tekanan darah tinggi ibu. Punca-puncanya ialah: Koyakan Pada Dinding Air Ketuban – Koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan air ketuban keluar. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. Kadangkala,kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj. Masalah Placenta – Masalah pada placenta akan menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda. Sekaligus menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair yang dijadikan air ketuban. Masalah Kesihatan Ibu Dan Bayi – Masalah kesihatan ibu seperti buah pinggang serta paru-paru janin menimbulkan masalah air ketuban yang kurang Kelainan kromosom janin juga boleh menyebabkan kurang penghasilan air ketuban ini. Mengandung Kembar Dua Atau Lebih – Masalah air ketuban kurang mempunyai risiko yang tinggi sekiranya si ibu mengandung kembar dua atau lebih. Keadaan ini berlaku kerana sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar yang lain. Air ketuban yang kurang dibentuk oleh seorang kembar,manakala seorang lagi kembar akan membentuk ar ketuban yang banyak. RISIKO KEKURANGAN AIR KETUBAN (OLIGOHYDRAMNIOS) Tali pusat terhimpit dan berkemungkinan janin lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada ibu kepadanya. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlalu seperti kesukaran pernafasan dan pendarahan otak Kematian bayi sebelum dilahir (mati dalam kandungan). RISIKO AIR KETUBAN TERLALU BANYAK (POLIHIDRAMNIOS) Kedudukan bayi songsang seperti kepala ke bawah. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya adalah kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di trimester akhir kehamilan. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal. Risiko melahirkan bayi secara caesarean(pembedahan) adalah tinggi disebabkan kedudukan bayi yang songsang.

Read more
undefined profile icon
Write a reply