BERTANYA PENDAPAT

Pengalaman sis2 semua selepas bersalin. Lebih selesa berpantang dekat rumah mak sendiri atau rumah mak mertua..?? Sebab kadang2 bila kita memilih berpantang rumah mak sendiri takut mertua kita terasa hati. Tapi berpantang di rumah mertua rasa tidak selesa. Dengan adik beradik husband satu bumbung. Nak buat ini buat itu pun tidak selesa. Malu. Takut nanti kita tak larat masak nak makan. cuci baju anak..Tukar pampers anak. kita malu nak panggil mertua tolongkn. Kalau mak sendiri dia tahu kita fikir apa. perlu apa. rasa apa.? Sebab sy mmg jenis yg pemalu tak tahu pemalu tahap apa. pendiam lgi.

101 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya lebih selesa dengan mak sendiri, mak mertua dah takda. Tapi kalau ada pon saya ttp nak dgn mak saya. Suami nasib faham, at first ada argue sbb dia kata saya ni susah nak ddk dengan mertua, tpi dia sendiri tgk cara mak saya jaga saya, mak kita sendiri je yang faham ragam kita. Alhamdulillah husband oke. Org lain belum tentu boleh layan kita, tgk condition kakak ipar yang pantang ala kadar hmmm sorry laaaa, saya yang bentan tido aircond sebilik dengan dia masa pregnant 39weeks dulu. Dia rilek je tido. Alhamdulillah tuhan panjangkan umurkan mama saya ☺️

Baca lagi