BERTANYA PENDAPAT

Pengalaman sis2 semua selepas bersalin. Lebih selesa berpantang dekat rumah mak sendiri atau rumah mak mertua..?? Sebab kadang2 bila kita memilih berpantang rumah mak sendiri takut mertua kita terasa hati. Tapi berpantang di rumah mertua rasa tidak selesa. Dengan adik beradik husband satu bumbung. Nak buat ini buat itu pun tidak selesa. Malu. Takut nanti kita tak larat masak nak makan. cuci baju anak..Tukar pampers anak. kita malu nak panggil mertua tolongkn. Kalau mak sendiri dia tahu kita fikir apa. perlu apa. rasa apa.? Sebab sy mmg jenis yg pemalu tak tahu pemalu tahap apa. pendiam lgi.

101 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya berpantang rumah mak sendiri nanti di Kelantan , InsyaAllah . Suami orang Selangor , tak boleh nak pantang kat sini sebab family suami semua kerja . Takde orang yang boleh tolong jagakan . Lagipun bilik bilik semua tingkat atas , nak naik turun tu rasa susah sikit . Mertua mula mula suruh pantang dekat sini tapi mak suruh balik kampung sebab dia boleh tengokkan . Terpaksalah suami balik jauh kalau nak tengok baby . Rumah mak sendiri InsyaAllah selesa tapi depends pada situasi masing masing . Kalau ada pilihan why not rumah mak kita sendiri kan 😊

Baca lagi