Alhamdulillah Bersalin 40week 2 Days

Pengalaman Bersalin Di Hospital Sultan Ismail PART 1 __ Alhamdulillah, Maia dapat rezeki mudah bersalin. Maia masuk wad bersalin jam 10.00 pagi dan selamat melahirkan secara normal jam 11.53 pagi. __ Pada pagi hari kejadian, Maia perasan dah ada tanda bersalin iaitu keluar lendir berdarah. Terus ajak Hubby pergi hospital. __ Sampai kat hospital, kitorang pergi kat bilik saringan bersalin bersebelahan kecemasan. Memang ketat pengawasan sekuriti, nak masuk mesti bersama suami dan bawa sekali sijil nikah original. __ Selepas tu, Maia daftar kat kaunter dan nama pun dipanggil untuk masuk bilik saringan. Dokter cek dan dah ada bukaan 4 cm. __ Lepas tu, jam 9 pagi Maia dah pecah ketuban. Macam mana tahu pecah ketuban tu? Tetiba dengar bunyi POP dan mengalir air macam air paip dengan derasnya. Maia pun bagitahu nurse kat kaunter. Nurse pun booking kan labor room. __ Maia ditolak ke labor room oleh nurse. Staff nurse dan dokter yang handle Maia dari awal semua baik2 dan supporting. Alhamdulillah. Dalam labor room kan ada 2 dokter dan 4 nurse yang sorak2 untuk Maia. Rasa semangat yang membara untuk meneran. ❤ __ Rating: 10/10? __ Part2 next post pulak. Korang pun ada tak kawan2 atau sedara yang bersalin kat HSI? Tag n Share la sikit camne pengalaman. __

Alhamdulillah Bersalin 40week 2 Days
50 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tahniah sis.. Sis boleh list kan barang yg perlu bawak pegi hospital. Saye pon nak bersalin kat hsi.

5y ago

Sis, nurse minta 1 pampers bayi utk masuk labour room. Saya Beranak kul 11pagi..discharge kul 6 petang.. saya bawak byk sangat barang dalam beg besar .. Tapi yg penting,buku pink, ic, surat nikah, pampers, baju baby utk keluar dr hospital, pad utk darah nifas kita, seluar dalam, baju utk kita keluar hospital, makanan roti dan air. Ni cerita saya tak smpai 1 hari je kat hospital ye sis.. Kalau kena tahan wad, mmg kena bawa banyak lagi baju baby, baju kita, pad ..