Maria Qibtiyah profile icon
PlatinumPlatinum

Maria Qibtiyah, Malaysia

Contributor

About Maria Qibtiyah

Officially Mommy

My Orders
Posts(8)
Replies(209)
Articles(0)

Tips menyusukan bayi

#TAPx59S Pengalaman, Tips dan cara Menyusui bayi. Tips Menyusukan Bayi ?Konsep Supply and demand. Lagi kerap menyusu, lagi banyak air susu keluar. ?Be positif. Air susu boleh dipengaruhi oleh emosi dan stres. So happy happy je. ?Makan sayur jagung muda dan minum susu. Ada banyak sebenarnya makanan milk booster. ?Amalkan teknik penyusuan yang betul supaya tak mengalami bengkak susu, puting melecet. ?Guna kaedah menyusu yang selesa supaya ibu tak rasa sakit belakang dan lesu. ?Minum air secukupnya supaya tak terhidrasi.

Read more
Tips menyusukan bayi
Super Mum
undefined profile icon
Write a reply

Cara Menyusui Bayi

#TAPx59S Pengalaman, Tips dan cara Menyusui bayi. Cara menyusui bayi Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh para ibu untuk menyusui bayi anda. Maia suka guna teknik cradle hold. Pertama sekali, dakap bayi anda. Posisikan badan dan perut menghadap perut anda. Sandarkan badan dengan selesa di dinding dengan bantal. Suakan puting susu di bibir atas bayi dan tunggu dia buka mulut. Pastikan aerola atas lebih banyak kelihatan berbanding bawah. Okay sebenarnya menyusukan bayi dengan betul takkan rasa sakit. Yang penting teknik lekapan mesti betul. Ada banyak lagi posisi yang lain. Ikutlah para ibu pilih mana satu yang selesa untuk menyusui bayi. Janji mama happy, baby pun happy!

Read more
Cara Menyusui Bayi
undefined profile icon
Write a reply

Pengalaman Menyusu Bayi

#TAPx59S Pengalaman, Tips dan cara Menyusui bayi. Pengalaman menyusui bayi. Pertama sekali, pengalaman Maia menyusui bayi adalah satu cabaran yang besar dan satu pengalaman yang mengujakan. Selepas sahaja bayi dilahirkan di hospital Sultan Ismail pada 17.2.20 , doktor terus meletakkan bayi di pangkuan Maia. Maia pun cuba menyuakan susu kepada bayi sulung berbekalkan pembacaan Maia sebelum ini. Hampa, Maia tak pandai memposisikan bayi dengan betul dan lekapan tidak berjaya. Mujur jururawat disana terus mengajar Maia teknik yang betul untuk menyusui bayi. Lekapan dapat dibuat dengan betul tapi air susu macam tak keluar. Petang tu Maia keluar dari hospital dan bayi menangis kelaparan sebab air susu tak keluar. Mungkin tersumbat walaupun lekapan dah okay. Maia terus menghubungi bidan urut dan mengurut serta bertuam. Alhamdulillah selepas mengurut, keluar cecair kuning serta merta. Alhamdulillah lepastu susu keluar dengan meriah sangat2. Teruja sangat menyusukan kali pertama. Kan boleh dengar bunyi bayi menelan susu dan dia lun tak menangis lagi dan tidur kekenyangan. Rasa cam nak nangis kesyukuran pun ada. Alhamdulillah susu keluar banyak, datang pula bengkak susu. Sakit yang amat. Mak nasihat kerap menyusui bayi setiap jam supaya bengkak cepat surut. Kalau bayi belum lapar, Maia akan pam susu biar dia keluar. Alhamdulillah dengar nasihat mak, lepas satu hari bengkak susu hilang. Sebulan pertama memang mencabar. Setiap 2 jam mesti nak susu. Itu normal ya. Maia akan tidur dengan baby biar tak penat. Pastu makan banyak sup jagung muda dan susu kotak dutch lady. Alhamdulillah susu mmg banyak. Jangan lupa kerap menyusui kerana susu badan ada konsep supply and demand. Itulah pengalaman Maia menyusukan bayi dengan berjaya. Bayi Maia pun sekarang dah 2 bulan 13 hari dan menyusu susu badan secara eklusif sahaja.

Read more
Pengalaman Menyusu Bayi
undefined profile icon
Write a reply
undefined profile icon
Write a reply