Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Noor Fidak, Consultant Obstetrician & Gynaecologist di KPJ Healthcare

Hi Parents! Kami dengar luahan anda! Ramai yang sudah memberi cadangan untuk mengadakan Sesi Tanya Pakar mengenai kehamilan kembar dan apa yang perlu diketahui. Pernah tak anda tertanya-tanya betul ke kalau mengandung anak kembar, bayi harus di lahirkan pada minggu ke-36? Apakah suplemen yang harus di ambil untuk pastikan bahawa kandungan cukup zat? Apa yang perlu diambil berat apabila mengandung anak kembar? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Jom tanya soalan anda mengenai kehamilan kembar dan apa yang perlu diketahui bersama Dr Noor Fidak, Consultant Obstetrician & Gynaecologist di KPJ Healthcare Centre pada 20 Oktober 2022, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Noor Fidak, Consultant Obstetrician & Gynaecologist di KPJ Healthcare
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr Noor Fidak, boleh Doctor terangkan lebih lanjut tentang risiko mengandung MCDA twin? Buat pengetahuan Doc, saya mengandung MCDA twin 30w 6d dan kini telah berada dalam pemantauan HSAS selama 3 minggu disebabkan oleh dua perkara pada mulanya: a. TTTS b. Shortening of Servical Length Kemudian setelah pemeriksaan rapi bersama pakar FMU, Hospital Serdang, beliau mengesahkan tidak berlaku TTTS dan perlu repeat semula detail scan pada 28/10/22. Saya telah difahamkan mengenai risiko kelahiran pramatang diakibatkan oleh shortening of servical length. Namun saya ingin mendapatkan lebih maklumat dari doc tentang risiko kelahiran pra matang bayi kembar serta kaedah penyusuan yang dicadangkan untuk kelahiran pramatang yg dijaga oleh NICU.

Baca lagi