39 Balas

VIP Member

Jawapan = D - Semua di atas☺️ Saya layak menang Acorn Books kerana saya mahu anak bongsu saya lebih berminat dengan pembacaan walaupun seawal usianya yang baru sahaja berusia setahun. Ini kerana pada ketika ini saya mula melihat anak kecil saya mula terpengaruh dengan 'trend' semasa iaitu ia lebih berminat dan memberi lebih perhatian lagi kepada muzik video yang berbentuk rancangan atau lagu kanak-kanak contohnya seperti YouTube. Tidak menolak kemajuan atau berpendapat negatif, tetapi saya masih lagi berpegang kuat dengan mengatakan buku adalah satu-satunya sumber yang paling utama, tepat dan sesuai serta berperanan penting dalam mendapatkan sesuatu ilmu atau untuk mengetahui dan mempelajari sesuatu perkara walau untuk sesiapa sahaja tidak mengira usia, jantina, mahupun bangsa serta agama. Melihat kepada kelebihan, faedah serta kualiti yang terdapat pada buku-buku keluaran dari Scholastic Acorn, saya percaya ia akan membuatkan anak kecil saya itu akan beralih perhatian kepada sesuatu yang baru serta menarik minatnya dan lebih tertumpu kepada isi kandungan yang terdapat di dalam buku Acorn Books ini☺️

VIP Member

jawapan : D semua di atas " Saya layak menang Acorn Books kerana anak saya sangat suka dengan buku. Bila dia dapat buku dia akan berulang- ulang membacanya dengan bahasanya sendiri . Iaitu dengan cara melihat gambar yang ada pada buku dia akan buat jalan cerita berdasarkan pada gambar yang dia lihat. Walaupun dia tak pandai baca adakalanya dia akan minta kita membaca untuknya sambil tu dia akan sebut setiap perkataan yang kita sebut berulang kali hingga dia berjaya menyebutnya dengan betul. Hendak pula sekarang ini dia dalam fasa baru belajar bercakap dan menyambung perkataan tertentu untuk kita faham jadi sesuailah hendaknya buku ini kepada anak saya . Selain itu gambar di dalam buku juga memainkan peranan untuk menarik minat anak-anak membacanya. Moga ada rezki anak saya untuk menang." Terima kasih TAP dan Acorn Books kerana mengadakan pertandingan ini moga ada rezki kami terpilih untuk menang . #TAPxSCHOLASTICACORN_ASIA #TAPXACORNBOOKS

Jawapan : D. Semua di atas Saya layak menang Acorn Books kerana anak sulung saya berusia 4 tahun lebih, namanya adalah Riff. Riff baru mula masuk tadika dan mula mengenal erti pembelajaran. Ketika ini, saya lihat anak saya sudah boleh menyebut dan membunyikan 2 gabungan huruf dari B-Z yang digabung dengan huruf a e,i,o,u. Namun, untuk menggabungkan sebuah perkataan atau membaca cerita,riff masih lagi lemah. Riff sememangnya suka sangat dengan buku, boleh dikatakan apa jua buku dia tidak pernah menolak dan setiap hari pasti ada sahaja masanya bersama buku. Jika ada rezeki untuk memenanginya, bolehlah membantu riff untuk belajar melancarkan bacaannya. Riff pasti suka dan tertarik kerana ceritanya yang mudah dibaca dan bergambar warna-warni serta lama kelamaan riff boleh lancar dalam membaca. Buku ini juga boleh digunakan untuk adik-adik riff pula untuk membaca. Semoga ada rezeki Riff,Amin 🤲.

TapFluencer

Jawapan :- D. Semua di atas🤓 “Saya layak menang Acorn Books kerana anak-anak saya sentiasa berminat sengan buku tak kira ia cerita panjang atau pendek. Mereka akan membaca 2 kali sehari yakni petang sebelum mandi malam dan juga sebelum tido. Ibarat menjadi rutin harian buat anak-anak saya. Jadi saya berharap dapat memenangi buku dari Acorn Books kerana selama ini saya hanya mampu untuk scroll sahaja tentang Acorn Books dan sekadar mencuci mata. Belum berkemampuan untuk membelinya lagi. Jika diberi peluang semoga ada rezeki anak-anak saya. Terima kasih TAP & Acorn Books” #TAPxSCHOLASTICACORN #TAPxACORNBOOKS

VIP Member

Saya layak memang Acorn book kerana kesemua jawapan diatas adalah benar, buku Scholastic Asia amat membantu dari segi jalan cerita yang pendek, teks yang jelas dan jugak illustrasi berwarna menarik minat kanak kanak untuk terus membaca hingga muka surat terakhir. Selain itu, dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak setelah membaca dan menelidik gambar. Anak saya Afeeya, sangat gemar membaca sebelum tidur walaupun usia baru 2 tahun 9 bulan, jadi saya sebagai ibu selalu pilih buku yang terbaik dan bersesuaian dengan minat dan usia anak. #Acornbooks #ScholasticAsia #theAsianparent

jawapan pilihan saya adalah D. semua di atas 🥰 saya layak menang Acorn book kerana anak saya sekarang suka melihat warna warna yang terang. anak saya masih belum pandai membaca, saya harap jika saya memenangi buku ini anak saya dapat belajar membaca dengan lebih mudah. ini kerana dengan format cerita yang pendek tidak akan membuat kan anak saya bosan dan ilustrasi yg berwarna warni. dengan teks yg mudah dibaca juga memudahkan saya utk mengajar anak saya menyebut suku patah perkataan yang ada di dlam acorn book ini ❤️ semoga rezeki anak saya ada terselit di sini ❤️ insya allah 🥰

Super Mum

jawapan: D. semua di atas "saya layak menang Acorn Books kerana anak - anak saya sangat suka pada buku terutamanya buku yang mempunyai ilustrasi yang menarik, teks yang mudah dibaca dan semestinya bergambar. Anak saya Nur Aishah 6tahun sudah pandai membaca, dia boleh membacakan dan menceritakan kepada adik-adik yang lain. Keluarga saya juga mengamalkan sistem membaca buka bersama-sama sebelum tidur. Dengan adanya buku-buku koleksi Acorn Books, kami boleh bertukar-tukar cerita setiap hari dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. 😍

TapFluencer

Jawapan : D. Semua di atas Saya layak menang Acorn Books kerana anak saya suka membaca buku dan saya selalu bacakan buku untuk dia sebelum tidur . Dia suka melihat warna warni atau gambar di dalam buku tersebut .. saya juga ingin dia semakin minat terhadap buku dan suka belajar, dengan adanya Acorn book yang mempunyai format cerita pendek , teks mudan dibaca dan ilustrasi berwarna ini , dia semakin minat membaca ❤️ Jika diberi peluang , semoga ada rezeki anak-anak saya untuk memenangi buku ini 🥰❤️

jawapan semua D semua di atas... saya layak menang acorn books kerana buku tersebut sesuai dengan anak saya yang sedang belajar dan sangat minat dengan buku2 bacaan yang pendek dan bergambar. Syukur ada peluang keemasan sebegini untuk saya ikuti dan berharap dapat menang demi kebaikan anak2. Tambahan pula,saya tidak mampu untuk membeli buku tersebut. Saya yakin dengan adanya buku ini,anak saya akan lebih pandai,kreatif apabila memiliki buku tersebut. terima kasih untuk peluang ini.😍😍

VIP Member

Jawapan saya D semua di atas Saya layak menang Acorn Books kerana…. [A]corn mampu membantu anak saya membaca seawal 4 tahun [C]erita pendek yang penuh warna warni memikat hati si kecil saya [O]leh itu ianya dapat memupuk minat suka membaca sedari kecil [R]angkuman tahap bacaan yang lengkap untuk anak saya [N]ilai moral dan cerita menarik mendokong generasi muda kreatif, berilmu, berimaginasi tinggi juga memaksimakan pemikiran kritikal yang amat baik untuk perkembangan simanja. ❤️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan