Masihkah ada harapan
Ogos tahun lepas kali pertama ujian upt positif setelah lewat dua hari kedatangan haid. namun baru je sebulan telah kehilangan. Doktor di hospital juga mengesahkan keputusan negatif pada hari spotting. Sehari kemudian, telah keluar ketulan kecil seperti isi ikan. Darah seperti haid berlangsung selama seminggu.. Hari ini, setelah hari kelima lewat datang haid, saya masih tidak berani untuk membuat ujian. Tidak pernah sekali pun saya lewat datang haid begini lama. Jika ada pun satu hari. Tetapi kebanyakannya awal sehari mengikut jadual dlm apps yg saya gunakan. Sakit pada susu juga berlangsung hampir 3 minggu.. dimana kebiasaannya berlaku 2-3 hari sebelum haid. Masihkah ada harapan untuk saya. Takut , sedih.. semua perasaan bercampur baur..Ya Tuhan, bantulah hamba-Mu ini..hanya air mata yang mampu mengalir di saat ini mengharap belas ihsan dari-Mu