Pendapat ibu2

Normal ke ya? saya perhati ja suami saya, dari atas motor ke apa kalau dekat traffic light lampu merah ataupun kadang2 tengah bawa motor mesti dia akan buka phone dan layan ja macam fb dan isu2 semasa dekat telegram dan sebagainya..sampaikan bila kat rumah pun sama juga dia akan sibuk layan semua tu dalam phone dia..dia hanya akan tutup phone tu bila waktu macam nak makan, waktu nak tidur dan waktu nak solat ataupun sebab nak cas dan bila saya macam merajuk ataupun buat dia rimas menyibuk dekat dia barulah dia nak fokus kat saya..saya yang tengah pregnant ni rasa macam terabai sangat dan bila saya luahkan dia kata pandangan saya kat dia semua serba tak kena..

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

husband saya kena tegur ... saya kata je lembut2 saya nak perhatian dia . Sebelum ni pon saya pernah merajok sebab time kami keluar dia tgk group ws kerja . Saya kata la hari2 dah pergi kerja bila waktu dengan saya tengok keje juga... lepastu dia bila keluar dia kurang dah cuma ada la skali2 tgk juga ws kerja . Rasanya lelaki kalau takde keje dia memang akan fokus bnda tu , kalau dulu2 surat khabar dengan tv .. skrg lebih kepada phone . Selagi tak menyakitkan hati suami okay jeh tegur dia . Kadang2 kena ajak buat aktiviti sama2 sebab saya pon taktau nak borak apa dengan dia kadang2 . Cuma doa banyak2 anak dah keluar nanti dia banyak luang masa dengan anak . Tapi suami sebenarnya kena memahami , dia yg ajak kita hidup dengan dia ,bila kita lapar perhatian dia macam rasa kita ni leceh pula 😅 mana boleh macam tu .

Baca lagi