Pendapat ibu2
Normal ke ya? saya perhati ja suami saya, dari atas motor ke apa kalau dekat traffic light lampu merah ataupun kadang2 tengah bawa motor mesti dia akan buka phone dan layan ja macam fb dan isu2 semasa dekat telegram dan sebagainya..sampaikan bila kat rumah pun sama juga dia akan sibuk layan semua tu dalam phone dia..dia hanya akan tutup phone tu bila waktu macam nak makan, waktu nak tidur dan waktu nak solat ataupun sebab nak cas dan bila saya macam merajuk ataupun buat dia rimas menyibuk dekat dia barulah dia nak fokus kat saya..saya yang tengah pregnant ni rasa macam terabai sangat dan bila saya luahkan dia kata pandangan saya kat dia semua serba tak kena..