Pendapat ibu2

Normal ke ya? saya perhati ja suami saya, dari atas motor ke apa kalau dekat traffic light lampu merah ataupun kadang2 tengah bawa motor mesti dia akan buka phone dan layan ja macam fb dan isu2 semasa dekat telegram dan sebagainya..sampaikan bila kat rumah pun sama juga dia akan sibuk layan semua tu dalam phone dia..dia hanya akan tutup phone tu bila waktu macam nak makan, waktu nak tidur dan waktu nak solat ataupun sebab nak cas dan bila saya macam merajuk ataupun buat dia rimas menyibuk dekat dia barulah dia nak fokus kat saya..saya yang tengah pregnant ni rasa macam terabai sangat dan bila saya luahkan dia kata pandangan saya kat dia semua serba tak kena..

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hmm cuba tegur. Husband saya sejak dia kenal game, dia ikut adik2 nya main game apa tu, Mobile Legend kot. Mula2 memang teruk betul perubahannya. Saya sabar je mula2. Tapi tulah, dia tengok kita diam, makin pijak kepala. Balik je kerja mata mengadap hp sampai la waktu tidur. Dengan saya pun tak bercakap. Anak nak main pun nak taknak layan. Saya tegur banyak kali, perasan tak dah berubah? Hadap game hampir 24/7. Rasa dah cukup ke masa dengan family? Dah buat yang terbaik ke? Kalau tahu nak spend masa dengan game, buat apa kahwin dan ada anak. Saya jujur je, saya memang tak suka benda2 macam ni. Jangan hambakan diri dengan gadget. Bukan takboleh main langsung, ada je masa yang sesuai. Dah besar pun takkan masih nak harapkan orang lain tunjukkan jalan yang betul...

Baca lagi