Pendapat ibu2

Normal ke ya? saya perhati ja suami saya, dari atas motor ke apa kalau dekat traffic light lampu merah ataupun kadang2 tengah bawa motor mesti dia akan buka phone dan layan ja macam fb dan isu2 semasa dekat telegram dan sebagainya..sampaikan bila kat rumah pun sama juga dia akan sibuk layan semua tu dalam phone dia..dia hanya akan tutup phone tu bila waktu macam nak makan, waktu nak tidur dan waktu nak solat ataupun sebab nak cas dan bila saya macam merajuk ataupun buat dia rimas menyibuk dekat dia barulah dia nak fokus kat saya..saya yang tengah pregnant ni rasa macam terabai sangat dan bila saya luahkan dia kata pandangan saya kat dia semua serba tak kena..

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama la kita sis. Kadang anak dekat tepi pun dia boleh fokus dengan fon. Bila time dia cuti dia lebih buang masa dekat sosial media, tengok movies semua tu berbanding nak bonding dengan anak sendiri. Sekarang anak macam tak kenal itu bapa dia sendiri, dia pandai nak takut bila nampak bapa dia, nangis nak kat saya jer, padahal anak saya ni jenis friendly dengan orang. Baru dia nak terasa & nak paksa anak tu biasa kat dia. Saya biarkan jer, x ada effort saya nak bantu anak tu biasa kan diri dengan bapa dia. Saya jenis tak suka nak tegur, cukup tegur sekali. Saya cakap dekat dia kalo dia lebih kan fon, dia akan miss out banyak, terutamanya semasa anak nak membesar ni

Baca lagi
2y ago

Betul tu sis.. Tapi kesian tengok anak. Kadang2 tu kat sebelah dia jer tengah nak tarik perhatian bapa dia, sekali boleh dia tak perasan or tak dengar. Saya pula yang sakit hati & terasa hati. Tapi malas nak tegur dah..