Bertanya saja.
Normal ke kandungan dah masuk 8 bulan ni.. tapi sekarang baru rasa loya² mual² tu.. dr awal kandungan alhamdulillah tak kena tu smua.. sekarang perut dh besar baru dok rasa..
11 Balas
Latest
Recommended

Tulis jawapan
Expert
Salam sejahtera, untuk makluman puan, masalah loya dan mual pada tempoh akhir kehamilan iaitu trimester ke3 biasanya berlaku disebabkan saiz kandungan yang semakin membesar mengambil banyak ruang di dalam kawasan abdomen. Ini menyebabkan bahagian perut terhimpit dan wanita mudah mendapat refluks. Bagi mengatasi masalah ini, ibu hamil boleh makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap, serta elakkan berbaring selepas makan. Anda juga boleh tidur dengan bantal yang lebih tinggi untuk merasa lebih selesa. Sekiranya masalah ini semakin teruk, sila dapatkan nasihat doktor.
Baca lagiSoalan berkaitan
Soalan popular
Artikel Berkaitan
First time experience being a mom *^▁^*