Tambah susu badan & kuning baby

Nak tanya mommy dekat sini.. bole bagi share tak macam mana nak bagi banyak susu badan? Makanan ape yang terbaik..minuman ape yg boleh. Dan jgk mcm mne nak hilang kan kuning baby bru 6 hari.. sbb makin naik bacaan kuning baby. Kesian x sampai hati tgk hari2 kena cucuk ambik darah.

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU (LACTATION COUNSELOR - PUAN NAD MASROM) 1) Perhatikan cara penyusuan ( POSISI ) ✅ Tengok cara pegangan ibu dan baby ✅ kne check position menyusu ✅ susu akan meriah jika cara posisi betul ✅ selesa untuk ibu dan baby 2) Perhatikan cara lekapan ❤️ bibir terjuih, dagu sentuh payudara, hidung menjauhi payudara ❤️ takkan kena mimpi ngeri jika lekapan betul (puting melecet/kena gigit/nipple bleb) ❤️ susu akan keluar dengan baik ❤️ saluran susu tak tersumbat ❤️ risiko kne block duct ⬇️👉 fasa susu drop ⬇️ 3) Jaga Demand & Supply ⬆️ demand ⬆️ supply ✅ Direct feeding ✅ Pump ( Ada out and in) ‼️ Jangan tunggu payudara penuh kerana akan banyak hormon yang mengurangkan susu iaitu Feedback Inhibitor Lactation hormone (FIL) ⁃ nanti manager (otak) hantar signal untuk kurangkan susu 4) Tahu teknik pump yang betul ➡️ pilih corong yang betul (saiz corong) ✅ Guna pembaris ukur diameter nipple ✅ Boleh gune insert jika xde saiz corong yang sesuai ‼️Guna mode motor pump yang betul ⁃ Semasa pump kena RELAX,PUMP DENGAN SELESA ⁃ Sebelum & selepas kne minum air suam/ apa yg kita suke. 5) URUT ➡️ GOYANG ➡️ PERAH (Sebelum dan selepas menyusu) - Effective teknik - tahu cara nk merangsang hormon oxitocin - sebelum urut kne RELAX URUT : Support payudara ➡️ tuam air panas ➡️ buat urutan membulat pada payudara (gune perut tangan) GOYANG : Tunduk menghadap graviti ➡️ goyangkan sedikit PERAH : secara pump/ direct feeding . 6) Breast Compression ⁃ sangat sesuai untuk baby yg ada jaundice untuk keluarkan hindmilk ⁃ compression untuk flow susu lebih lancar ⁃ susu lancar untuk keluarkan susu lemak lebih banyak . Foremilk ✅ Molecule yg kecil ✅ 8-10 minit yg pertama Hindmilk ✅ Molecule besar (tinggi lemak) 7) Hot Compression - melancarkan saluran susu ibu - sebelum & selepas pump/feeding - sebelum buat tips no 5. ‼️Tidak Penting untuk ada susu yang banyak tapi tidak mampu Menyusukan anak hingga 2 tahun ✅ Lebih baik sedikit tapi mencukupi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun Alhamdulillah untuk ilmu penyusuan malam ni.. Simple tapi padat .. Nampak ringkas tapi begiu bermakna untuk ibu yang menyusu ♥️ Terima kasih puan Nad Masrom .. Sudi berkongsi tips dan juga ilmu pada kami ... Semoga dipermudahkan urusan puan dan dimurahkan rezeki.. Tulisan: Nurul Izzatul Akma

Baca lagi
TapFluencer

mommy just teruskan BF kalo keluar skit pun jangan risau sbb perut baby 6 hari kecik sangat lagi dalam satu sudu besar je. so mmg ngam2 dah kuantiti awal2 tu dengan tempoh bayi mommy skrang ni. nanti makin meningkat usia baby mommy nanti inshallah makin banyak susu badan. as long susu mommy ada stiap Kali menyusu badan. kerap menyusu badan waktu malam and bagi susu badan ikut kehendak bayi and pastikan bagi susu badan tu posisi yg betul. mommy always kena make sure makan makanan healthy. jaundice tu jauh2 la makanan yg guna bahan rempah2 ratus and halia . sbb kadang punca jugak. dalam pantang makan je makanan yg x datangkan alahan pada mommy baby and cukup nutrisi mcm nasi, ayam, telur, ikan yg x datangkan bisa pada Luka and sayur2 yg x datangkan angin dalam badan. tapi make sure makanan tu masak sepenuhnya . x bole half cook.nk lebih selamat mommy bole mintak nasihat doktor.

Baca lagi

Pengalaman saya anak kuning, saya campur susu fm skjp sementara dia kuning. Tapi kalau awak ade masalah dgn susu kurang tak payah bagi la fm takut susu drop. Nak banyakkan susu badan awal2 kelahiran ni awak kerapkan menyusu anak, 2 jam sekali bagi, kalau anak kuning nak tidur je taknak bangun nyusu, pam.. Pam pula mungkin mula2 kluar angin je, bila kerap pam akan kluar susu.. Kalau awak nak simpan stock susu ebm utk bekerja nanti awak boleh buat power pumping utk naikkan kuantiti susu lebih dari demand baby, sbb baby baru lahir minum sikit je awak. Perut dia kecil lagi. So jgn risau susu tak ckup ke ape, cukup je. Ambil Milkbooster dari makan seharian contoh horlick, biskut oat, sayur2an hijau. Saya dulu ambil horlick je sambil pam kerap sebab anak tak menyusu sgt, tidur je kuning, so saya kerap pam minun horlick, buat kerap2.. Esoknya bagun tidur dah bengkak2 breast.

Baca lagi

saya makan ja yg boleh mood happy sis...kalau mood happy & xstress insyallah susu bnyak...bnyakkan minum air kosong...sis makan ja apa yg sis nk mkn & sentiasa positif set dlm otak kita susu bdan sentiasa ada😊😊...saya buat mcm tu sis...lagi satu sis boleh join group fb happy breastfeeding malaysia..kt situ bnyak ilmu mengenai breastfeeding...dulu anak sulung saya korek ilmu kt situ sampy skrg pon sama utk second baby...anak saya dua2 prolong jaundice...saya.just breastfeeding ja sampy kuning turun...tu pon sampy hbis pantang baru la hbis😂

Baca lagi

Kerap nyusu, mom takleh makan makanan ada bawang putih, kunyit, lada hitam. Elakkan baby dari sebarang warna kuning, kalau bilik kena cahaya matahari pagi, bukak langsir je, jemur dari dlm. Jgn direct matahari.. tidur lampu buka.. Kalau darah o+ takleh susu badan doc ckp. Bg enfalac cepat drop kuning. Ni apa yg sy amalkan. Alhamdulillah check seminggu lepastu baby drop kuning..

Baca lagi
VIP Member

saya. makan Banyak. sehari sebotol susu farm fresh chocolate and kurma 700ml (salah satu bergilir kejap choco Kejap kurma flavour)....Lepas Tu broccoli 🥦 Lepas Tu roti 🍞 Lepas Tu susu anmum lac Tu yg utk IBU menyusu Tu...Lepas Tu fruits 🍎🍊🍌🥝🍇🥭 sayur Bayam merah...buat sup Sedap...hehe oh Lepas Tu yogurt... oh KEK!! ...and air kelapa ....

Baca lagi

perkara paling utama kita kena faham. pengeluaran susu ikut keperluan perut bayi yg sebesar guli sahaja memanglah tak banyak puan. bayi tak perlu susu yg banyak tapi susu yang CUKUP. teruskan penyusuan macam biasa, kuning tu normal akan naik dan turun tapi bukanlah salah susu ibu. makan seperti biasa dan buat ibu gembira.

Baca lagi

susu bdn nii demand and supply. nak bykkn susu bdn, wajib ada ilmu penyusuan. lagi kerap bby menyusu lagi byk susu akan produce. kalau krg bagi susu, susu kan mula drop. bykkn minum air masak je. jgn stress. boleh follow nadmasrom or nyusoo.official dkt ig. sana ada share ilmu penyusuan.

banyakkan minum air. untuk kuning. malam tidur jangan bergelap. pasang lampu. bagi senang nak kejut bby bangun menyusu waktu malam. elak makan kunyit,halia,lada hitam dan segala2 yg panas2 ni.

awek jgn MKN jamu dulu.kunyit halia blackpeper pn stopkn.oren pn sama.bykn makan sawi.pahit pn telan je😁.sy pn camtu dulu.klu ade duit beli la air longan kurma merah tu.