Tambah susu badan & kuning baby
Nak tanya mommy dekat sini.. bole bagi share tak macam mana nak bagi banyak susu badan? Makanan ape yang terbaik..minuman ape yg boleh. Dan jgk mcm mne nak hilang kan kuning baby bru 6 hari.. sbb makin naik bacaan kuning baby. Kesian x sampai hati tgk hari2 kena cucuk ambik darah.

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU (LACTATION COUNSELOR - PUAN NAD MASROM) 1) Perhatikan cara penyusuan ( POSISI ) ✅ Tengok cara pegangan ibu dan baby ✅ kne check position menyusu ✅ susu akan meriah jika cara posisi betul ✅ selesa untuk ibu dan baby 2) Perhatikan cara lekapan ❤️ bibir terjuih, dagu sentuh payudara, hidung menjauhi payudara ❤️ takkan kena mimpi ngeri jika lekapan betul (puting melecet/kena gigit/nipple bleb) ❤️ susu akan keluar dengan baik ❤️ saluran susu tak tersumbat ❤️ risiko kne block duct ⬇️👉 fasa susu drop ⬇️ 3) Jaga Demand & Supply ⬆️ demand ⬆️ supply ✅ Direct feeding ✅ Pump ( Ada out and in) ‼️ Jangan tunggu payudara penuh kerana akan banyak hormon yang mengurangkan susu iaitu Feedback Inhibitor Lactation hormone (FIL) ⁃ nanti manager (otak) hantar signal untuk kurangkan susu 4) Tahu teknik pump yang betul ➡️ pilih corong yang betul (saiz corong) ✅ Guna pembaris ukur diameter nipple ✅ Boleh gune insert jika xde saiz corong yang sesuai ‼️Guna mode motor pump yang betul ⁃ Semasa pump kena RELAX,PUMP DENGAN SELESA ⁃ Sebelum & selepas kne minum air suam/ apa yg kita suke. 5) URUT ➡️ GOYANG ➡️ PERAH (Sebelum dan selepas menyusu) - Effective teknik - tahu cara nk merangsang hormon oxitocin - sebelum urut kne RELAX URUT : Support payudara ➡️ tuam air panas ➡️ buat urutan membulat pada payudara (gune perut tangan) GOYANG : Tunduk menghadap graviti ➡️ goyangkan sedikit PERAH : secara pump/ direct feeding . 6) Breast Compression ⁃ sangat sesuai untuk baby yg ada jaundice untuk keluarkan hindmilk ⁃ compression untuk flow susu lebih lancar ⁃ susu lancar untuk keluarkan susu lemak lebih banyak . Foremilk ✅ Molecule yg kecil ✅ 8-10 minit yg pertama Hindmilk ✅ Molecule besar (tinggi lemak) 7) Hot Compression - melancarkan saluran susu ibu - sebelum & selepas pump/feeding - sebelum buat tips no 5. ‼️Tidak Penting untuk ada susu yang banyak tapi tidak mampu Menyusukan anak hingga 2 tahun ✅ Lebih baik sedikit tapi mencukupi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun Alhamdulillah untuk ilmu penyusuan malam ni.. Simple tapi padat .. Nampak ringkas tapi begiu bermakna untuk ibu yang menyusu ♥️ Terima kasih puan Nad Masrom .. Sudi berkongsi tips dan juga ilmu pada kami ... Semoga dipermudahkan urusan puan dan dimurahkan rezeki.. Tulisan: Nurul Izzatul Akma
Baca lagi