tertanya

Nak tanya kalau bukaan cm dah sampai 10cm.. doktor masih nak gunting ke bawah tu? Ada yg ckp,doktor sengaja gunting supaya doktor praktikal tu dpt belajar.. huhu

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda terdapat pelbagai sebab doktor perlu menggunting sedikit bahagian perineum anda walaupun bukaan cerviks telah mencapai maksimum 10cm. Tiada doktor yang sengaja menggunting atau melakukan sebarang prosedur ke atas pesakit atas alasan sengaja mahupun untuk belajar. Prosedur yang dinamakan episiotomi ini biasanya perlu dilakukan jika: - Saiz bayi yang terlalu besar - Proses kelahiran yang terlalu lama sehingga bayi hampir lemas atau ibu telah kehilangan tenaga untuk meneran - Kedudukan kepala bayi yang tidak normal - Memerlukan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forcep Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Yeke??? Baby saya kecik je 2.8kg dan takde risiko pape tapi doktor gunting juga , alasan doktor kata konon nak buat tanda . sudahnya saya trauma sampai sekarang .

Kalu baby besar atau awak x mampu nk teran betul. Ye la kene potong jugak. Dorg tunggu je dulu awak teran sendri kalau dh weak dorg akan ckp sye gunting ye. Masa teran tu mmg x rasa ape pon die potong. Sye angguk je bile die tyn tu. Sbb sye 1st bersalin and ckp x tahu teran. Tapi nurse bidan semua bagi semangat utk sye push baby.

Baca lagi

Lepas saya belajar ilmu Gentle birth dgn Midwife dri singapore , sebenarnya tak perlu pun proses gunting/episiotomy . ada cara yg lagi selamat utk keluarkan baby berbanding pakai gunting je. Ibu dan baby takde risiko pape pun , tetap kena gunting (tu pengalaman saya la masa bersalin anak sulung dan taktau pape)

Baca lagi

Yg bukaan sampai 10cm tu pintu rahim sis. Kalau kemaluan memang takkan bukak smpai 10cm. Tu yg selalu kena gunting kalau kepala baby tak lepas dari kemaluan walaupun dah lepas pintu rahim. Tu yg sy baca laa dkt apps ni 😅

Slalu kalau anak first,if xtahu nak teran,doktor akan gunting utk mudahkan ibu keluarkan baby...

mcm saya sis ank besar terpksa guting sekit,tp xtahu lah kalau yg kena mcm sis ckp kan ni..huhu

4y ago

Harap2 x betul la..😅 yg pntg bukan jd bhan uji kaji dorg..