[KENA GUNTING ATAU TAK]

Hi korang, nak tanya la, ni baby ke 2 saya, 1st baby saya miscarriage 20w (berat 300g++) & masa induce utk keluarkan baby, dalam 4cm macamtu bukaan utk keluarkan baby. Baby ke 2 sekarang ni baru nak masuk 3rd trim, saya ada plan nak buat perineal massage slow2 sebab ramai bagi macam2 tips antaranya massage ni la utk memudahkan proses beranak biar smoooth je kan baby keluar. So persoalan saya, agak2 kalau saya buat, adakah saya akan digunting jugak oleh doktor? sebab mostly 1st baby mmg akan kena gunting even bukaan dah 10cm kan? saya dah ada pengalaman bersalin tapi baby size kecik dulu. Ada tak yang 1st baby tapi tak kena gunting? Please share pengalaman mommies, Thankyou!

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh cuba sis amalkan massage tu. selebihnya bergantung pada keadaan badan awak juga, paling penting jangan angkat punggung waktu nak push baby nanti. practice juga breathing technique untuk bantu awak proses labor dengan tenang dan mudah. in case memang kena gunting jangan risau sis, pantang dengan betul, rendam luka dengan air sireh contohnya insyallah proses luka akan baik dengan cepat insyallah parut pun boleh hilang. kita ikhtiar ya.

Baca lagi

Ya kbykkn frst gunting.. frst gunting bila dah ank kedua smpai keenam ni x gunting tp smua below 3kg la.. ada juga org lain mcm kakak sy yg ank second third pn gunting tp x byk.. my cousin dri ank frst x pernah gunting baby kluar 3kg lbih.. dia ckp dia x prnah buat massage tu tp more to practice meneran dgn btl dan kawal pernfasan.. then again x smua bdan org sama kn.. boleh je cuba iktiar slebihny doa

Baca lagi

saya bersalin 1st baby tak digunting, takde mintak ke apa mmg tak digunting. kakak saya nurse dia cakap mmg ada hospital yg confirm terus gunting je. dia kata luka koyak lagi mudah baik banding gunting, tp 1st degree tear la.

Bergantung pada situasi semasa. Awak buat je tips yang awak nak buat. Tak boleh nak jangka apa yang akan jadi dalam labour room nanti. Time is ticking to save both mom and baby. Semoga dipermudahkan urusan bersalin awak.

2mo ago

Betul jugak kan, benda tak boleh nak jangka. Apa nak jadi, jadi lah, hadap jelah asalkan selamat dua2. Hehe thankyou sis!

Saya first born kena gunting even baby 2.2kg je. Frust juga kenapa baby kecik still kena gunting. Tapi borak dgn mak, mak kata better kena gunting awal2 dari terkoyak, lagi teruk nak jaga luka koyak.

2mo ago

Doctor tgk juga kot rsa2 klu x gunting pn lpas atau x.. mcm sy frst doctor cm tu xnk gunting tp lpas sekali teran dia rsa tkut koyak dah kot so dia terus gunting juga sikit..

TapFluencer

sy first baby je gunting sikit. Then the rest x de gunting. Anak saya semua 3kg onwards. Yang paling besar pun dalam 3.58kg.

Ikut keadaan baby waktu tu & doc, saya berat baby 1.7kg pun kena gunting mybe sebab masa 4cm saya dh teran kot🤣🤣🤣

bergantung pd situasi jgk sis..masa ank first Sy gunting.. second pn kena gunting..sbb bb kepala dia besar sikit

bergantung pada keadaan..tapi tak salah pun nak buat massage tu.