tertanya
Nak tanya kalau bukaan cm dah sampai 10cm.. doktor masih nak gunting ke bawah tu? Ada yg ckp,doktor sengaja gunting supaya doktor praktikal tu dpt belajar.. huhu
Salam sejahtera puan, untuk makluman anda terdapat pelbagai sebab doktor perlu menggunting sedikit bahagian perineum anda walaupun bukaan cerviks telah mencapai maksimum 10cm. Tiada doktor yang sengaja menggunting atau melakukan sebarang prosedur ke atas pesakit atas alasan sengaja mahupun untuk belajar. Prosedur yang dinamakan episiotomi ini biasanya perlu dilakukan jika: - Saiz bayi yang terlalu besar - Proses kelahiran yang terlalu lama sehingga bayi hampir lemas atau ibu telah kehilangan tenaga untuk meneran - Kedudukan kepala bayi yang tidak normal - Memerlukan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forcep Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi
Mommy of 3 bouncy son