Bengkak kaki (Edema)
Nak tanya bengkak kaki ni berpunca dari apa dan jalan penyelesaiannya.. Hari ni baru pertama kali rasa kaki kejang yang teruk.. Saya baru 23 minggu dan mengandung anak yang pertama..
blood volume dalam badan kita memang naik berganda bila preggy. kalau biar kaki bergantung lama ie duduk/berdiri static lama sangat, memang akan bengkak sebab darah turun ke bawah, susah naik balik. sebab tu kena berjalan, bagi otot2 tu bergerak & tolak darah ke atas semula. atau boleh juga pakai compression socks atau tinggikan kaki bila2 boleh. ni physiological edema lah. boleh jadi juga pathological edema, yg sebenarnya simptom kepada underlying issue, mcm masalah jantung, pre-eclampsia, kencing manis etc. kalau dalam kes2 ni, akan ada accompanying symptoms lain. sebab tu kalau ada masalah bengkak kaki, bagitau je nurse/doktor, dia akan check benda2 lain for possible cause of concerns. kalau dia nampak semua okay, baru dia akan rule that as physiological edema.
Baca lagimasa tidur tinggi kan kaki letak lah bantak lapik..pastu jgn skip mkn ubt yg doktor bagi mcm zincofer ka iberet ka..sy perasan bila sy skip mkn ubt kaki sy mesti kejang mlm2 hahaha sakit bengkak.. bila mkn lena pulak tido .. klu rajin sblm tido rendam dgn air panas sis.. tak pun mintak suami picitkan ..selalu bila picit esok tue kaki surut bengkak.. cuma kalau dah hujung2 tarikh tue buat cmna pun mmg xkn surut bengkak hehhe
Baca lagibila tidur simpan bantal mom bawa kaki ,kerap guna stokin gosok minyak kayu putih ke,manalah tau angin apa kan..nurse ada pesan jga kurangkan makan makanan bergaram,klau banyak berjalan biasalah tu,nak stabil seimbangkan balik nurse sarankan simpan bantal bawah kaki😊
Nurse saya ckp sbb byk makan garam. Betul sebab saya masa ngandung suka makan fries mcd tkpun goreng sendiri kentang cicah garam 😆 jalan penyelesaiannya kena jaga makan, tinggikan kaki bila tidur sis. Lepas bersalin nnti kecut terus pun hehe
sy kene juga edema masa pregnancy besar mcm shrek Doc pun terkejut tgk..probably sebb sy suka makan lauk ayam je sepanjang pregnancy. lepas bersalin still besar yg amat..sy pi urut dia betulkan nerves semua..mmg slim balik
Nah, saya share untuk awak. Sekadar pesanan, apa2 yang awak rasa lain waktu mengandung ni inform doktor tau. Minta advice daripada doktor. https://www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/edema.aspx
Sama 23weeks,raya pertama sampai ketiga kaki bengkak sbb banyak berjalan,berdiri+makan lauk raya banyak🙈 raya ke 4 balik rehat makan macam biasa kaki tak bengkak dah hehe
Tinggi kan kaki masa tidur, in shaa allah nanti akan surut. Time sy kaki bengkak sebab terlalu lama duduk sbb bekerja mnghadap laptop dan banyak sngt berjalan.
Jangan tidur di kerusi nanti air turun ke kaki dan bengkak. Tidur di katil.
boleh try pakai compression socks bgus tuk kaki