Baby kena kuning lebih 14 hari

Nak bagi susu formula apa ye yg bagus? (Jgn suruh breastfeeding, sebab saya memang bf dia hari2, nak cari alternative lain yg mungkin lebih cepat turunkan kunin sebab dh lebih 14 hari)

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bf teruskan... Susu badan lagi senang anak membuang air besar dan air kecil. Kerapkan lagi bagi susu, jika susu formula ank cepat kenyang dan buang air pun tak berapa kerap. Saya bagi jer anak minum bf, memang kerap sangat dia membuang, lebih kurang 5kali sehari, jadinya segala kuning turun bersama najis dia... Saya pantau waktu bf, Betul2 buat 1 jam sekali, saya cuba juga pump susu, keluar 80-100ml kiri dan kanan. Kalau kita tak cuba pumP kita tak tau anak kita minum banyak mana. Cuba pump dan bagi sampai dia kenyang. Cuba lah. Berdasarkan pengalaman ank pertama x nk minum susu, ank kedua warded sbb kuning sebulan. Anak ke3 sampai ke 5 full Bf 2 tahun. Sekarang teruskan utk ank ke 6. Ibu kena kuat, makan makanan berkhasiat dan milk booster, ambil yg natural. Jgn lah bil pil Macam2 okay. Good Luck mommy. . Moga baby cepat sihat.

Baca lagi

mommy jgn risau. kuning baby ni terjadi sbb hati baby tu belum ckup matang untuk proses. so, klu baby dh lebih 14 hari tu mesti doktor dh amik fully workout, amik darah smua kan?(klu cukup bulan). teruskan je penyusuan mcm biasa, kerapkan lgi menyusu dan tnggu sahaja keputusan darah kluar. untuk buat masa sekarang sementara tnggu keputusan darah tu perhati betul2 anak. sekiranya ada tanda2 RED FLAG(najis bertukar wrna pudae, baby xnak menyusu, baby tak aktif, apa2 yg merisaukan mommy) segera ke hospital. sy sarankan mommy untuk avoid apa2 nasihat yg berkaitan mandi/minum sbb tkut lagi memudaratkan baby. semua baby xsama condition.

Baca lagi

Minta advice doktor. Saya dulu pun minta advice doktor soal susu formula ni. Untuk anak saya, doktor kata tak perlu sebab report daripada lactation nurse saya takde masalah untuk breastfeed baby. Jadi saya teruskan breastfeed sahaja. Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Konsep susu formula ni kena try and error. Penerimaan setiap baby takkan sama. Saya sarankan awak mula dengan packaging yang paling kecil sekali. Pilih je apa2 susu yang awak nak cuba. Then pantau penerimaan baby.

Baca lagi
7mo ago

try & error, pastu minum sikit xleh tukar, minum sikit xleh tukar lg.. huhu bbrp kali tukar pastu bf je😆

Saya faham betapa pentingnya turunkan kuning pada bayi anda selepas 14 hari. Bagi susu formula yang boleh membantu proses ini, saya syorkan anda mencuba produk susu formula dengan pautan https://invl.io/cll7871. Ia diformulasikan khas untuk membantu bayi mengatasi masalah kuning dan memberikan nutrisi yang penting untuk pertumbuhan mereka. Semoga membantu! https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Anak saya day 23 baru discharge dari jaundice. Saya fully bf. Bagi je setiap masa, and mandikan guna air rebusan daun belimbing buluh. Ibu kena jaga makan, makan yang berkhasiat. saya makan kosong je takde bawang halia semua sementara nak bagi baby elok dari kuning. Inshaa Allah nanti elok. Semoga urusan puan dan bayi dipermudahkan Allah. Amiinn ❤️

Baca lagi

Baby saya genap 30 hari kuning. Apa yg saya buat : - BF sahaja, x bagi susu formula - mandi kan air herba cina - x makan bawang putih/kunyit/Lada hitam/Halia. - tengahari kadang mandi kan baby sebab cuaca panas. Xnak bagi baby kepanasan. Itu sahaja. Walaupun lambat habis kuning tapi bacaan turun je slow slow..

Baca lagi

sy bf dgn fm .. guna karihome, alhamdulillah sesuai dgn anak .. tp still kuning discharge day 28 sbb sy darah O .. antara fm dgn bf, mmg bf lagi byk kli, fm sy bagi 3kli je sehari, pgi, ptg, malam .. fm ni okay sbb dia bantu baby lagi kenyang even minum 2oz je sbb bby nb mmg disarankan 2oz je skli minum ..

Baca lagi

Anak saya jaundice hari ke 14 baru turun . Suami saya beli herba cina utk turunkan kuning baby kat kedai sensei/cina . Rebus 1 paket herba cina tu , kemudian mandikan baby waktu pg & ptg . Alhamdulillah , menjadi kat anak saya .

Anak sy kuning teruk masa hari first keluar , kena duduk bawah lampu biru. Lepastu Doktor suggest campur susu fm . Sy bg anak minum susu s-26 . Esoknye terus turun bacaan kuning . Dan kuning terus xde smpai skrg.

day 1 jaundice bby 243 pastu bgi kerap bf tpi still xturun try susu kmbing karihome turun skit 203 tpi still maintain 3hari brturut2 203 last try NEO BABY snow brand alhamdulillah jaundice bby 121 ...