Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470


Makanan kesukaan dan menjadi kewajipan perlu ada semasa hari raya adalah ketupat atau nasi impit, lemang, kuah kacang, rendang ayam pencen, rendang daging, ayam masak kicap. Manakala kuih raya pula wajid ada setiap tahun adalah kuih bahulu ,kerepek pisang dan ubi, dan pelbagai lg kacang2 dan pelbagai biskut2 raya yang lain. Pasti lebih meriah tahun ini kalau dapat menang hamper raya Ferns n Petal🥰🥰
Baca lagiSnek masa raya paling suka tart nenas, biskut cincin coklat & paling penting conflakes madu 😋 kadang dah nampak kuih raya atau snek yg hidang depan mata pun main makan je 🤭 Kalau makanan yg wajib ada masa raya mestilah rendang daging, ayam masak merah, lontong, paru2 goreng sambal & sayur goreng 😋 dan yang paling penting raya tak lengkap tanpa keluarga tercinta, tak sabar nak tunggu raya 😋
Baca lagimakanan kesukaan yg wajib disediakan sewaktu Hari Raya Aidilfitri adalah ketupat, nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam rendang, kari itik, & sambal jawa.. ha x lupa jugak tok org nogori semestinya lomang ler.. 😋😋.. sedapnya. lagi2 bila daoat berkumpul semua adik beradik dan sanak saudara.. gotong royong bakar lomang n buat juadah untuk hari raya.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK IBU-IBU YG HEBAT...
Baca lagiSalam al-mubarak.. Rendang, ketupat, lemang, biskut raya, sayur kuah lodeh, satay & kuah kacang yang disediakan oleh abah & emak menjadi kemestian ada dihidang & sentiasa dinanti-nantikan di pagi hari raya. Ditambah lagi Kemeriahan & riuh rendah sanak saudara menggamit kenangan setelah 2 tahun beraya di perantauan bersama keluarga kecilku. Semoga tahun ini menjadi kenangan manis yang takkan dilupakan.
Baca lagiMakanan kesukaan saya yang semestinya ada pada hari raya ialah pulut kuning dan juga rendang ayam. Makanan tersebut dapat memeriahkan lagi suasana hari raya saya semasa menjamunya bersama keluarga. Selain itu, snek seperti biskut raya dan kerepek yang banyak dapat menjadikan hidangan lebih menyelerakan buat saya dan tetamu yang datang. Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna buat saya dan keluarga.
Baca lagiRaya, sehari sebelum raya dah mula sibuk di belakang rumah,mencari kayu api,sediakan tungku,kutip sabut. Cari daun kelapa,itu belum masa zaman kecil kejar ayam peliharaan nenek. Semuanya untuk menu wajib hidang atas meja; 1-ketupat nasi 2-gulai daging 3-rendang ayam pencen 4-kuah kacang 5-kuah masak lodeh 6-ayam masak kicap 7-sambal bilis. Menu wajib akan buatkan semua makan sampai 4-5kali sehari.
Baca lagiAssalamualaikum warga TAP..salam ramadan 🥰 saya pulak bila hari raya suka ngan masakkan ayam lengkuas ibu saya dan juga buras..jika biskut raya saya suka biskut smua jenis yg guna coklat, batang buruk dan kue makmur 🥰 tak sabar rasanya raya akan datang sambut raya bersama baby sulung saya🥰 semoga ada rezeki baby menang hamper ini pasti meriah berhari raya bersama keluarga tercinta ❤️
Baca lagiKetupat , lemang dan rendang adalah makanan kesukaan ramai orang dan wajib ada pada hari raya. Lagi lagi makanan ini menjadi simbolik utama hari raya aidilfitri . Keenakan rasa yang berbeza , rasa yang menarik pastinya menambat hati si pemakan. Kuih muih yang menjadi perhatian ramai iaitu almond london fuhh menggamit memori kami sekeluarga. Semoga raya tahun ini menjadi raya yg diberkati aminn..
Baca lagiMakanan kesukaan yang wajib ada / disediakan pada Hari Raya bagi kami seisi keluarga semestinya kuah kacang, rendang tok, rendang ayam, lemang, ketupat dan pelbagai jenis kuih raya sebagai snek selepas menikmati juadah raya, antaranya cornflakes madu, tart nenas, samperit, choc chip cookies, kek batik dan lain-lain! Salam Ramadhan dan Aidilfitri semua! 😍😍😍💝💝💝 IG : @qeela.iqa
Baca lagihai , selamat tengahari semua , makanan yang paling saya suka di pagi hari raya dan makanan wajib ada di pagi raya adalah sate dan juga nasi minyak . manakala snek pula kuih muih raya almond London yang tak almond kat dalam 😅 dengar macam pelik tapi macam tu lah tahun nie saya akan beraya disebabkan masih dalam pantang kekacang 😂 semoga ada rezki menang hamper dari FERNS N PETALS
Baca lagi