Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Makanan kesukaan yang wajib ada pada pagi raya ialah ketupat, rendang, lontong, sambal ikan Pahang, dan kuih-muih tradisional seperti tart nenas, almond london, bahulu, kuih bangkit dan tart gulung. Semoga ada rezeki saya untuk menang “Hamper Raya bernilai RM250 dari Ferns N Petals”. Barulah raya kali ini lebih bermakna😍. Terima kasih Ferns N Petals kerana berkongsi rezeki.

Baca lagi

Salam ramadhan semuanya. Makanan wajib ada di hari raya mestilah nasi impit & kuah kacang. Kalau takde dua ni, rasa tak sempurna menu raya. Kalau utk kuih raya pula, saya suka almond london, tart nenas & kuih semperit. Wah tak sabar pula rasanya nak makan semua ni di hari raya nanti. Tambah pula ada tangan kecil yang join makan nanti, tak terkejor mama nak pegang tangan dia tu 😆

Baca lagi

Makanan kesukaan yang wajib disediakan sewaktu Hari Raya Aidilfitri adalah ketupat,ayam masak merah,sambal goreng jawa,lodeh & serunding..Manakala untuk snek pula,tentunya aneka jenis kerepek,kek kukus buah,tart nenas & bahulu gulung..Jika menang set Hamper Raya dari Ferns N Petals,sambutan raya tahun ini tentu lebih bermakna..

Baca lagi
VIP Member

makanan kesukaan sy di hari raya yg bahagia adalah lemang dan rendang 😊 dan satu lg adalah laksa . jiran-ii sanak saudara mesti dtg beramai makan sini sebabkan ada laksa . rumah ni mmg pro dgn laksa hehe . lemang dan rendang adalah simbol wajib bg kita umat islam dihari raya agitu . tanpa lemang dan rendang tidak lengkaplah hari raya 😊 semoga ada rezeki sy aamiin

Baca lagi

Salam Ramadhan 😄. Untuk juadah hari raya saya paling suka nasi impit dan kuah kacang. Menu wajib pulak nasi dagang air tangan umi, yum yum😋. Snek kegemaran biskut cornflakes!. Hehe. Tahun ni pertama kali beraya bertiga, setelah 9 bulan kahwin, alhmdulillah. Tahun ni jgk turn raya kt kmpung saya🤭. Semoga ada rezeki utk menang hamper ni, tumpang rezeki baby 😀

Baca lagi

makanan wajib bulan puasa lemang dan rendang mak saya tak lupa juga nasi himpit dan kuah kacang , untuk pemanis mulut pulak aneka kuih² raya buatan mak saya dan menu berat disajikan seperti Nasi ayam , laksa dan lain² harap tahun ni saya dapat meraikan makanan dari FERNS N PETALS untuk menjamu selera di hari raya bersama sanak saudara saya selamat hari raya semua

Baca lagi

Makanan wajib ada semasa hari raya adalah kek lapis,lemang palas+kuah kacang daging,daging masak hitam,ketupat palas, ayam pansuh(dimasak dalam buluh) dan lebih meriah lagi jika adanya hamper daripada Ferns N Petals kerana raya ada ms utk menjalinkan silaturahim diantara sanak saudara,shbt handai dan kluarga setelah 2tahun tidak merayakannya..pastinya lebih indah..

Baca lagi

Makanan kesukaan sekeluarga yang wajib dihidangkan ketika Sambutan Hari Raya ada nasi dagang, lemang, rendang, satay, nasi impit, kuah kacang. Dan kuih sebagai pemanis mulut adalah buatan sendiri. Besar harapan saya untuk tahun ini, meraikan sambutan Hari Raya dengan Fern N Petals bersama keluarga saya 😍 Salam Ramadhan, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌹

Baca lagi

Salam ramadhan semua. Makanan yg wajib ada pd hari raya ialah satay,kuah kacang,lemang rendang dan semestinyaa masakan umi kami yg menjadi kegemaran semua iaitu mee kari,lontong dan nasi minyak😊 Tak lengkap hari raya kami kalau xde masakan dri umi kami yg tercinta. Semoga ada rezeki sy untk menang hamper Ferns N Petals untk dikongsi bersama keluarga sy

Baca lagi

Salam Ramadhan , lauk yang memang wajib tiap kali di pagi Raya semestinya ada lemang , rendang ayam opah, daging hitam dan rendang tok daging resepi turun temurun keluarga mak. Tak dapat rasa yang sama macam mak punya. Kalau dapat hadiah hampers dari Ferns and Petals saya nak hadiahkan pada mak tersayang semoga hari raya nanti mak tersenyum gembira 🥰

Baca lagi