Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

makanan kesukaan sy di pg raya laksamee,laksam..ketupat rendang udang..nasi impit dgn kuah kacang..di tambah pula dgn biskut..klasik semperit dulu2..biskut putu kacang..mazola memeriahkan hari raya nanti di sambut bersama keluarga tercinta..😘😘semoga Ferns N petals..di sukai n diikuti spnjg zaman..semoga juga rezeki ada untuk sy n anda semua 🤲🤲salam Ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri..maaf zahir&batin 0-0..

Baca lagi
TapFluencer

snek atau makanan yang pasti disediakan sewaktu hari raya adalah rendang daging, kuah kacang, nasi impit, rempeyek, kerepek bawang, biskut almond london, semperit, coklat chips, sarang semut, makmur, popia simpul dan agar agar kering. pasang pulak lagu raya, lg la meriah terasa suasana raya tu. first time tahun ni beraya dgn puteri sulung kami. semoga dgn hamper Ferns N Petals ni, lg menambah seri raya kami tahun ni dgn sedara mara

Baca lagi
Post reply image

Makanan kesukaan yang WAJIB disediakan pada Hari Raya AIDILFITRI tentunya lemang, rendang, ketupat pulut serta biskut raya yang dibuat sendiri oleh saya & keluarga... Barulah feel beraya tu terasa... Alhamdulillah... Semoga saya bertuah menjadi salah seorang penerima SET HAMPER RAYA dari FERNS N PETALS... 2 tahun tidak dapat balik beraya akan bertambah berseri dengan set hamper raya ini untuk dikongsikan bersama-sama keluarga...

Baca lagi

Assalamualaikum & salam ramadhan buat warga TAP. Makanan kesukaan saya yang wajib ada pada setiap kali hari raya ialah nasi dagang, nasi impit, ketupat dan juga rendang 🤤 Raya tak lengkap tanpa biskut raya, semestinya wajib ada bagi kami sekeluarga nikmati bersama adalah tart nenas dan cornflakes. apa-apa pun, juadah ini ternyata lebih enak jika dimakan bersama keluarga, salam aidilfitri buat semua,maaf zahir dan batin

Baca lagi

Assalamualaikum,Salam Ramadan.... Menu wajib Hari Raya keluarga kami laksa kuale kangsor dengan rendang kerang makan bersama lemang.Menu yang selalu ada setiap kali raya.Tapi tu kenangan 2 tahun lepas sebelum covid...Sebab tahun ni mak sedara yang selalu masakkan makanan tu meninggal dunia akibat kanser payudara (al-Fatihah)....tahun ni raya mesti lain tanpa kehadiran beliau & tak dapat merasai lagi air tangan beliau....#Rindu

Baca lagi

makanan wajib saya akan buat masa raya ialah daging dendeng.pertama kali saya rasa ketika kawan saya masak di kolej walaupun dia tak makan daging.kemudian saya minta mak masakkan untuk raya seterusnya kerana masakkan tersebut terlalu sedap.walaupun sudah 7 tahun kehilangan ibu saya.daging dendeng tetap menjadi kewajipan saya untuk memasak setiap kali raya dan saya memasak pula untuk keluarga mertua dan menjadi kegemaran mereka.

Baca lagi

selamat berpuasa semua😁 makanan kesukaan hari raya mestilah wajib ada ketupat palas versi kelantan iaitu cicah kuah nise atau gula melaka,nasi kerabu,nasi impit kuah kacang..dan paling kesukaan semperit .. alhamdulillah yang paling istimewa dapat beraya dekat kampung bersama keluarga setelah 2 tahun beraya di perantauan kerana PKP.. Harap ada rezeki untuk baby dapat set hemper dari FERN N PETALS untuk hari raya nanti🥰

Baca lagi

Makanan kesukaan yang wajib.. memang wajib lah ada pada hari raya Aidilfitri di rumah saya NASI DAGANG,KETUPAT,,TAPAI DAN BISKUT2 raya..yang paling best nasi dagang gulai ayam kampung, gulai ikan mak saya ni..satu kampung datang beraya rumah sebab nak makan nasi dagang mak saya..kami pun seronok orang datang beraya🥰 Alhamdulillah..🤲 semoga ada rezeki mak saya untuk menang hamper Ferns N Petals.. insyaallah aminn..

Baca lagi
TapFluencer

Hi warga TAP! 😍 Makanan kesukaan saya sewaktu Hari Raya Aidilfitri ialah lemang, ketupat berserta kuah lontong, sambal udang, kuah kacang, rendang, serunding. Yummmmm sedapnya! Untuk snek pula, semua sedap! Asalkan ada kuih muih di Hari Raya, itu sudah memadai.. Yang penting kita enjoy dan menghargai masa bersama keluarga apatah lagi setelah 2 tahun tidak berjumpa dek kerana PKP. ❤️ IG : @nurulmukhtarr

Baca lagi

Hai salam warga TAP ,Salam ramadan kareem 🥰 Tak lama lagi dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri semestinya snek paling wajib ada mestilah almond London, Tart nenas memang kuih kegemaran sekeluarga , makanan Laksa utara memang padu akan mak buat setiap tahun , tambah pulak ketupat & rendang .. memang lengkap .. raya tahun harap harap dapat berkumpul ramai2 , tambah pula kalau dapat hadiah hamper yang terbaik ini .

Baca lagi