Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470


Makanan kesukaan wajib setiap raya sebelah family saya "Nasi Briyani Pakistan" sebelm solat raya sdh makan lepas dari solat raya makan lagi. Makanan wajib setiap raya sebelah husband pula mesti "Burasa" Dan "Ayam lekok bugis" , Biskut raya pula wajib ada kuih Bangkek bugis. Makanan semua tu sebelum raya sudah makan😂nasib dapat mama mertua yg baik, lepas tu tapau lagi bawa balik rumah pakai tin biskut😜naik flight. Tinggal dekat kota kinabalu bawa balik dari rumah mama mertua dekat tawau. Satu kapal hidu Bau makanan ayam lekok, Burasa Dan kuih bangkek tu🤣🤣🤣.
Baca lagi
makanan wajib yang perlu ada tiap kali hari raya, ketupat atau nasi impit, rendang daging, daging dendeng, sayur goreng jawa, ayam masak merah, kuah kacang, kuah lodeh. menu ni meamng wajib ada. kami keluarga besar..ramai akan datang bertandang..selalunya hari raya ke 2 memang habis semua lauk... kalau untuk kuih raya pula depends apa yg trend pada tahun tu..tapi yang perlu ada popia nestum popia ikan bilis popia udang kering dan macam2 biskut dan mesti kena ada fruit cake. semua nya saya buat sendiri! sebab saya home baker 😁 selamat hari raya semua!
Baca lagimakanan kesukaan yang wajib saya sediakan ialah: Makanan berat; kelupis + rendang ayam Sup tulang sate ayam dan daging + ketupat ayam masak merah Daging masak kari kalau snek pula; Tart nenas (sangat wajib) almond london snow almond coklat chip semperit. semua ni wajib ada setiap tahun hehehek memang banyak dan memenatkan tapi nampak tetamu makan dengan bahagia sambil puji senang hati kita. semoga ada rezeki untuk memenangi hamper ni dan dapatlah bawa pulang ke kampung untuk dinikmati bersama keluarga tercintaku 🥰 ig: Farhana Francis
Baca lagiHi salam ramadhan! Menu kesukaan yang wajib disediakan sewaktu Hari Raya Aidilfitri semestinya nasi dagang, ketupat palas, ketupat manis, lemang, rendang ayam kampung, rendang daging bg kami yg merupakan anak jati kelantan. Hehehe. Manakala untuk snek pula, tentunya bermacam aneka kuih & kek, contohnya bahulu, bingka ubi, dan sebagainya. Seronoknyaaa apabila dapat bersama keluarga tercinta menyambut syawal yg bakal tiba. Jika rezeki untuk memenangi hamper raya dr Ferns N Petals, tentu raya kami lebih bermakna! ❤️ IG @natasha.nafiann
Baca lagiAssalamualaikum... Salam Ramadhan Kareem buat semua mommies... Makanan kegemaran saya sewaktu di hari raya semestinya rendang,ketupat,lemang,lontong yang dibuat oleh ibu tercinta...Jika dari segi kuih muih pula saya suka biskut raya yang berasaskan kekacang & coklat seperti contoh almond london dan banyak lagilah..hihi..kalau ikutkan semua yang boleh dimakan saya akan makan..nama pun raya sekali dalam setahun... Harap sangat tahun ni dapat menikmati juadah hari raya,kuih muih dan kek sebelum tiba due date 7/5/2022 ni..Aamiin...
Baca lagiSalam ramadhan to all momies ! Makanan kegemaran waktu hari raya semestinya ketupat palas , lemang dan rendang ayam atau daging ! YaAllah , bila sebut rendang tiba-ii rasa lapar perut . Hehehehehe . Kalau kuih raya pulak , pergi rumah org beraya mesty nak cari samperit dahlia atau pun sarang semut . Dua2 tuu mmg fav gilaa laa 😋 Semoga raya ni ada rezeki untuk anak dlm kandungan pertama sy dan kalau sy menang , raya tahun ni akan lebih bermakna buat sy , anak pertama dan juga suami ❤️ terima kasih FERNS N PETALS ✨
Baca lagiSnek atau makanan kesukaan yang pasti disediakan pada Hari Raya adalah nasi impit, kuah kacang dan dendeng daging resipi mak saya. Walau pernah merasa beraya di rumah mak mentua tetapi juadah itu pasti akan disediakan oleh saya sendiri. Sememangnya air tangan itu tidak sama tetapi kita try and error daripada nothing kan 🥰 bila dah sediakan tu semestinya feeling² ada kampung sebab dari kecil memang saya tak merasa balik kampung dan syahdu nya bila dengar takbir bila berjauhan dengan mak abah.
Baca lagiSalam Ramadan. Antara snek dan makanan kesukaan saya dan keluarga yang wajib ada dan pasti disediakan sewaktu Hari Raya sudah tentu Lemang Ketupat makan dengan rendang daging dan rendang ayam, Nasi impit kuah kacang, lontong, satay ayam dan daging juga wajib ada. Snek kegemaran saya dan anak-anak semestinya tart nenas, almond london, popia simpul, biskut mazola, cornflakes cookies, dan kuih sepit pelbagai perasa. Wahhh bila taip ni rasa tak sabar nak rasai Raya tahun ni yg pasti berbeza.
Baca lagiSALAM RAMADHAN 🙂 Makanan kesukaan saya di pagi raya ketupat ,lemang , rendang ,mee kari ,nasi impit dan kuah kacang.Menu ni mesti dimasak oleh Mak baru sedap ,air tangan mak mak kn simple pn sedap. paling wajib mesti ada biskut-biskut raya🥰 yang paling suka tart nenas mesti cari yang gebu lembut bila makan cair dimulut .Almond landon dan cornflakes madu. Selamat Meyambut bulan Ramadhan .Jika saya dapat Hamper Raya dari Fern N Petals, betul-betul rezeki baby saya la.🥰
Baca lagiMakanan kesukaan yang wajib ada diatas meja mesti lah udang masak merah, udang kari sampah, ayam rendang, daging rendang, serunding ayam, sambal goreng, londeh, lemang dan ketupat. semua buat sendiri maklum lah adik beradik ramai jadi setiap orang ada tugas masing masing. kuih raya yang mesti buat setiap tahun cornflakes madu, suji almond, almond london dan sarang semut family ramai lebih baik buat sendiri sebab boleh mengeratkan hubungan silaturahim bila buat juadah raya 😍
Baca lagi
Excited to become a mum