Pantang Larang Semasa Hamil

Hi momy2. Ada ke pantang larang yang kita tak boleh buat sepanjang hamil ni? Contoh: tak boleh tido terlentang sangat ke? Sy kerap juga sakit perut bila ttdo macam tu. Lately pun kerap minum latte and perut rasa macam tak okay sangat. Ada ke perkara yg kita tak boleh buat and perlu hindarkan? Kesannya pula apa? Thank you

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kurang kan gula, sbb xnak nnti sangkut gula, sbb being diabetic semasa pregnant boleh menyebabkan compilation dekat baby. Pantang caffeine, sama jgk experts cakap boleh sbb kan complication dekat kandungan jgk. Pantang angkat2 barang berat. Yg ni kalau pregnancy takde masalah, maybe boleh je nak angkat2. Mcm sy mmg gi check incompetent, sy pantang je angkat2 berat ni takut. Bykkan minum air. Penting ni. Sbb bg Sy kadang2 terasa xselesa kandungan Kalau kurang minum air. Dia jadi mcm rasa cramp2 Tp halus2 je. So cepat2 gi topup minum air. Makan2 jgn ikut sgt nafsu teringin. Mmg berbadan dua. Tapi you’re still eating for yourself only. Cuma sbb org cakap, apa ibu makan baby makan, so you xnak baby makan pelik2 you jaga la makan biar sihat2 je. And seimbang. Utk stretchmark plk, better utk ambik vitamin C, jgn garu2 perut, kalau rajin sapu2 losyen. Time belum ada mmg rasa mcm takde apa2 kot. Tapi once dh ada stretchmark, yg tu ja Duk tgk. Boleh je nk bersama dgn husband. Actually yg ni pun, Kalau you takde apa2 problem dgn pregnancy boleh je continue mcm biasa. Tp Kalau ada bleeding ke, jgn ikutkan sgt teringin. Better refer ke doktor jgk Malu ke tak Malu ke. Pasal tidur, ye mmg lebih baik tidur mengiring. Plus Kalau perut dah besar, tidur terlentang boleh sbb kan berat baby tindih salur darah ibu ke. To avoid that, tidur mengiring. Tapi mcm sy tidur mengiring jadi sakit perut bahagian baby tu, so sy tidur ikut keselesaan je. Tampung perut dgn bantal kecik pun okay jgk. Kalau sakit, better avoid.

Baca lagi

Hi sis. Posisi yang baik untuk tidur sewaktu hamil ialah posisi mengiring (preferably on your left side). Sekiranya sis tidur dalam posisi terlentang, ia akan menyukarkan penyampaian oksigen kepada baby. Untuk latte pula, sekiranya sis minum 3 in 1, sangat lah tidak digalakkan sebab kandungan gula dalam 3 in 1 sangat tinggi dan boleh memberi kesan kepada bayi. Antara kesan2nya bila kandungan gula tinggi ialah baby besar, baby meninggal dalam kandungan, sangkut kencing manis dan banyak lagi. Selain itu, kekerapan pengambilan caffeine juga boleh menyebabkan zat2 daripada ubat yang kita ambil tidak dapat diserap dengan baik. Sebab tu doktor dan nurse selalu pesan kalau minum minuman bercaffeine atau bercoklat, kena jarakkan dari waktu pengambilan ubat. Hope this helps 😊

Baca lagi

Tido terlentang memang tak digalakkan lgi² dh msuk seconds trimester, sbb takut bby tu kurang oxygen, and kurang bergerak kat dlam tu, kerap tdur mengiring spya bby dpat bergerak dengan aktif, n tempat dia luas, untuk minum latte ni tak pastilh, maybe kena kurang kn sbb takut hb rendah,

Minum latte ni kalau pilih decaf, nk hari hari pun boleh. Cumanya yelah manis kan, tk elok selalu. Kalau perut tk okay tu dah boleh stop atau kurangkan latte. Tidur terlentang masuk 2nd trimester dh kena elakkan.

VIP Member

Banyakkan search google sis. Time pregnant tak boleh tidur telentang, tinggi risiko untuk baby meninggal dalam perut & ada complication lain pada baby