Pantang Larang Semasa Hamil

Hi momy2. Ada ke pantang larang yang kita tak boleh buat sepanjang hamil ni? Contoh: tak boleh tido terlentang sangat ke? Sy kerap juga sakit perut bila ttdo macam tu. Lately pun kerap minum latte and perut rasa macam tak okay sangat. Ada ke perkara yg kita tak boleh buat and perlu hindarkan? Kesannya pula apa? Thank you

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis. Posisi yang baik untuk tidur sewaktu hamil ialah posisi mengiring (preferably on your left side). Sekiranya sis tidur dalam posisi terlentang, ia akan menyukarkan penyampaian oksigen kepada baby. Untuk latte pula, sekiranya sis minum 3 in 1, sangat lah tidak digalakkan sebab kandungan gula dalam 3 in 1 sangat tinggi dan boleh memberi kesan kepada bayi. Antara kesan2nya bila kandungan gula tinggi ialah baby besar, baby meninggal dalam kandungan, sangkut kencing manis dan banyak lagi. Selain itu, kekerapan pengambilan caffeine juga boleh menyebabkan zat2 daripada ubat yang kita ambil tidak dapat diserap dengan baik. Sebab tu doktor dan nurse selalu pesan kalau minum minuman bercaffeine atau bercoklat, kena jarakkan dari waktu pengambilan ubat. Hope this helps 😊

Baca lagi